Maklumat Resepi

Kari telur

Kari telur

Resepi telur kali ni masakkan yang mudah ha sesuai lah sebagai menu hujung bulan atau menu tunggu gaji. Nampak je simple alah kari telur tapi kan kalau kena cara masaknya, pekat-pekat kuah tu masam pedas berempah memang terangkat makan dengan nasi panas.

Kelainan kari ni telur rebus tu kita goreng dulu sebelum masak dalam kuah kari ehh memang sedaplah buat macam tu. Bawang goreng fresh pon memainkan peranan penting untuk aroma kari telur rebus ni. Sesiapa yang rumah bujang atau yang baru nak berjinak-jinak masak pon ha bolehlah cuba. Masaklah ramai-ramai baru meriah, kuah banyak boleh makan banjir. Jomlah cuba.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan kari telur:
    • 8 biji telur
    • 1 cwn minyak masak
    • 2-3 biji bawang merah kecil (bawang goreng)
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • Rempah 4 sekawan **
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 sb cili kisar
    • 2 sb serbuk kari daging
    • 1 sk serbuk kunyit (pilihan)
    • 1-2 biji kentang
    • 1 biji tomato
    • Sedikit air asam jawa
    • 3 cwn santan sederhana cair
    • ATAU 1/2 santan kotak kecil (tambah air)
    • Garam secukup rasa
    • 10 tangkai cili padi
    • Daun ketumbar
  • Bahan-bahan rempah 4 sekawan:
    • 3 biji buah pelaga
    • 2 cengkih
    • 1 bunga lawang
    • 1 kulit kayu manis

Cara Penyediaan:

  1. Potong kentang, tomato dan daun ketumbar.
  2. Hiris nipis bawang merah kecil (untuk homemade bawang goreng).
  3. Tumbuk halus bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  4. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan serbuk kunyit.
  5. Rebus telur sampai masak kemudian kupas kulit dan kelar sikit.
  6. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing.
  7. Goreng pulak bawang merah kecil sampai keperangan.
  8. Tumis bahan tumbuk, rempah 4 sekawan dan sedikit daun kari sampai naik bau.
  9. Tambah cili kisar dan tumis sampai garing.
  10. Tambah air 2-3 kali kemudian ulang tumis sampai pecah minyak.
  11. Masukkan kentang dan masak sampai empuk.
  12. Masukkan tomato, air asam jawa, santan fresh, garam dan serbuk perasa.
  13. Masukkan telur rebus dan reneh perlahan-lahan sampai santan pecah minyak.
  14. Tabur masuk cili padi, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
  15. Tutup api dan tudung periuk supaya aroma tak keluar.
  16. Bila kuah dah suam, bolehlah hidang dengan nasi panas.

Tip:

  • Kalau nak beli buah pelaga yang good quality cari yang hijau, baru fresh.
  • Kalau nak kupas kulit telur dengan mudah, masa rebus tu tambah cuka sikit.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan:

Mee Goreng Telur

Mee goreng telur versi yang simple tapi bukan main sedap rasanya. Menu ni cukup seimbang dengan sumber protein, karbohidrat dan fiber. Sesuai dimakan panas-panas dengan perahan limau nipis.

Sandwich Telur Hancur

Sandwich telur versi scrambled eggs yang sangat senang dan cepat disediakan. Dipadankan hirisan salad dan tomato, sangat sesuai untuk dibawa ke picnic atau dibuat berniaga.