Resepi Sandwich Telur Versi Scrambled Egg
Sandwich telur dengan scrambled egg yang lembut dan berkrim, sesuai dihidang bila-bila masa.

Bahan-bahan
- 12 keping roti (pilih roti putih atau wholemeal)
- 6 biji telur (saiz B)
- 4 sudu besar susu full cream
- 2 sudu besar mentega
- 3–4 sudu besar mayonis
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar perahan jus limau atau lemon
- Daun salad (secukupnya)
- Tomato (dihiris nipis)
- Marjerin atau mentega tambahan untuk sapuan roti
Cara Buat Sandwich Telur
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 410 kcal
- Protein
- 12 g
- Karbohidrat
- 31.5 g
- Lemak
- 26 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 4 g
- Natrium:
- 710 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 12 keping roti dikira 6 sandwich (1 hidangan = 1 sandwich).
- Marjerin sapuan roti dianggar ~5 g setiap keping (60 g keseluruhan).
- Mayonis dikira 3.5 sudu besar; garam secukup rasa 1/2 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Rendam daun salad dalam air sejuk selama 30 minit untuk kekal rangup sebelum ditoskan.
- Pastikan telur dimasak dengan api perlahan agar tekstur kekal moist dan tidak mudah kering.
- Perahan jus lemon atau limau nipis menaikkan rasa segar pada inti dan kurangkan rasa muak.
- Guna wholemeal bread untuk versi lebih sihat, atau roti biasa untuk rasa klasik.
- Lapik sandwich dengan kertas pembalut supaya mudah dihidang dan dibawa ke mana-mana.
- Untuk simpan lebih lama, bungkus sandwich individu dalam plastik atau cling film dan masukkan dalam bekas kedap udara.
Video
Pengenalan
Haa kali ni kita buat sandwich telur versi scrambled egg yang lebih lembut dan berkrim, memang sedap sangat tau! Mula-mula kita akan masak telur dengan kaedah perlahan supaya teksturnya gebu dan tak kering.
Kemudian kita gaulkan pula dengan mayonis, lada, dan jus limau bagi menaikkan lagi selera.
Sandwich ni amat sesuai untuk sarapan, berkelah, jamuan sekolah mahupun idea bisnes makanan. Ia juga mudah disediakan lebih awal dan tahan beberapa hari jika disimpan elok. Bila makan sekali, mesti nak ulang buat!
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu








