Resepi Kari Telur Sedap
Kari telur simple tapi padu, memang kegemaran anak-anak. Telur direbus lepas tu digoreng dulu bagi luar kenyal tak mudah pecah, kuah kari pun lagi sedap.

Bahan-bahan
Cara Buat Kari Telur
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan kuali dengan lebih kurang secawan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi. Kemudian ketepikan.
- 2Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Kemudian masukkan kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Ubi kentang boleh dimasukkan sekali untuk cepatkan ubi empuk dan lembut.
- 4Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
- 5Perasakan dengan sedikit garam dan boleh ditambah sedikit serbuk perasa.
- 6Setelah mendidih bolehlah masukkan telur dan siap.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 355 kcal
- Protein
- 12.5 g
- Karbohidrat
- 21.5 g
- Lemak
- 25.5 g
- Serat:
- 4.5 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 640 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; dianggarkan 4 (guna 5 biji telur).
- Minyak menumis dan garam tidak disenaraikan; 2 sudu besar minyak dan 1 sudu kecil garam dianggarkan.
- Santan dikira 3/4 cawan (pertengahan julat 1/2 hingga 1 cawan).
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan rendamkan telur yg baru mendidih di dalam sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.
Video
Pengenalan
Resepi Kari Telur yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Bukan sahaja mudah tapi sangat menyelerakan.
Telur ini direbus dan kemudian digoreng supaya bahagian luar nya kenyal, tidak mudah pecah dan menjadikan rasanya lebih enak. Anda harus cuba resepi ini.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









