Resepi Telur Masak Kurma
Telur Masak Kurma ni ringkas tapi sedap, guna telur rebus yang dikelar sikit supaya kuah kurma meresap cantik.

Bahan-bahan
Cara Buat Telur Masak Kurma
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur.
- 2Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan rempah tumis dan bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Masukkan pes bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Boleh tambah sedikit air semasa dalam proses memasak rempah supaya tidak hangus.
- 4Masukkan pula santan cair, telur, kentang, karot dan asam gelugor. Masak sehingga sayuran menjadi empuk dan lembut.
- 5Setelah itu masukkan santan pekat, cili, bawang besar dan tomato. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera anda. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
- 6Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar supaya lebih sedap.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 530 kcal
- Protein
- 14 g
- Karbohidrat
- 27 g
- Lemak
- 40 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 6 g
- Natrium:
- 1000 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 6 biji telur dengan kentang dan karot dianggar 4 hidangan.
- Garam tidak disenaraikan langsung; dianggar 1.5 sudu kecil untuk seluruh periuk.
- 1 mangkuk santan pekat + 1 mangkuk santan cair dianggar 250 ml setiap satu.
- Daun ketumbar dan bawang goreng pilihan dikira separuh.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Petua untuk senang kupas kulit telur rebus ialah masukkan sedikit cuka semasa merebus telur, ATAU satu lagi cara yang mudah ialah rendam seketika telur yang baru sahaja di rebus ke dalam air sejuk. Kulit akan mudah dikupas.
- Boleh juga gunakan santan kotak. Anggaran 1 kotak santan bersama 1 mangkuk air untuk resepi ini.
Pengenalan
Resepi Telur Masak Kurma, resepi masakan yang sangat ringkas tetapi tetap membuka selera. Resepinya tak banya beza dengan masakan kurma lain, cuma ia menggunakan telur ayam yang direbus dan dikelar sedikit supaya kuah meresap ke dalam telur dan nampak menarik.
Menu ini esuai dihidangkan bersama nasi putih atau boleh juga dihidangkan bersama nasi yang lain seperti nasi tomato, nasi minyak atau nasi kandar. Kalau di sebelah utara, memang Telur Masak Kurma ni menjadi kegemaran ramai. Che Nom juga suka hidangkan kepada anak-anak kerana kuahnya kurang pedas.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









