ResepiCheNom
Ikan Kembung Rebus Air Asam
Ikan

Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam

Prep 10 minMasak 10 minJumlah 20 minHidangan 4 orang

Ikan kembung segar direbus ringkas, cicah pula dengan air asam yang masam pedas memang membuka selera. Sedap dimakan dengan ulam dan sambal belacan, sihat sebab tanpa minyak.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 3-4 ekor ikan kembung3-4 ekor ikan kembung
  • 1 keping asam gelugur/asam keping1 keping asam gelugur/asam keping
  • 1-2 biji tomato, potong dadu1-2 biji tomato, potong dadu
  • 1 biji bawang besar, potong dadu1 biji bawang besar, potong dadu
  • 1 inci belacan, bakar sehingga wangi1 inci belacan, bakar sehingga wangi
  • 5-6 biji cili padi, hiris kecil5-6 biji cili padi, hiris kecil
  • 2-3 biji limau kasturi2-3 biji limau kasturi
  • 1 mangkuk kecil pati air asam jawa1 mangkuk kecil pati air asam jawa
  • sedikit sos ikansedikit sos ikan
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Cara Buat Ikan Kembung Rebus Air Asam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Dalam periuk atau kuali, tuang air anggaran tenggelam sedikit ikan dan rebus bersama asam gelugur dan sedikit garam selama 5-10 minit di atas api yang perlahan. Setelah masak, angkat ikan ke dalam bekas berasingan.
  2. 2
    Tuang air ikan di dalam bekas dan masukkan pati asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, perahan air limau kasturi, dan sedikit sos ikan.
  3. 3
    Ramas dengan tangan supaya bahan bergaul sebati dan pekat. Masukkan pula cili padi dan kacau dengan sudu.
  4. 4
    Tuang kuah air asam ke atas ikan. Hiaskan dengan potongan limau dan hirisan daun bawang jika suka.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Cili ditambah kemudian dan dikacau dengan sudu supaya panas cili tak melekat ditangan
Video
Pengenalan

Ikan Kembung Rebus Air Asam, menu yang mudah dan sangat menyelerakan, juga sangat cepat disediakan. Kalau ada ikan kembung yang segar memang sesuai dimasak sebegini.

Kalau di kampung dahulu, menu sebegini selalu menjadi pilihan untuk dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang boleh bertambah-tambah nasi tanpa anda sedari :)

Menu ini juga sangat sihat kerana ikan nya cuma direbus dan bebas minyak.

Diterbitkan pada 29 Januari 201834.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru