Cream Puff
Hi semua. Di atas permintaan ramai, kali ini Che Nom akan share resepi dan cara buat Cream Puff. Boleh buat berniaga punya. Ada beberapa bahagian dalam video iaitu klasik pastry cream, dan daripada situ kita sediakan diplomat cream untuk inti/filling. Kemudian Che Nom akan tunjuk cara sediakan choux pastry dan kita akan bakar untuk jadikan cream puff. Rasa cream puff ini sangat lembut, creamy sebab inti tu dah rasa macam aiskrim bila makan sejuk-sejuk.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 ¼ cawan/313ml susu full cream
- 2 kuning telur
- 1/4 cawan/55g gula
- 1 sudu besar/8g tepung gandum
- 3 sudu besar/24g tepung jagung
- ¼ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar/28g mentega tak bergaram
- 1 cawan/240g non-dairy whipping cream
- 1 cawan/250g air
- ¼ cawan/56g mentega
- ¼ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar/12g gula
- 1 cawan/125g tepung gandum
- 3 hingga 4 biji telur saiz B (rujuk video)
- NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.
- 1Masukkan susu full-cream didalam periuk lalu panaskan dan susu tidak perlu mendidih.
- 2Asingkan kuning telur ke dalam mangkuk dan masukkan tepung jagung, tepung gandum dan gula kastor. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
- 3Tambah garam.
- 4Tuang susu yang suam-suam panas sedikit demi sedikit ke dalam bahan. Kerapkan mengacau bahan semasa menuang susu dan kacau sehingga sekata dan larut.
- 5Kemudian, tapis bahan adunan bagi mengelakkan dari sebarang ketulan, lalu panaskan ia di atas api yang sederhana perlahan dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
- 6Masukkan esen vanilla/ekstrak vanilla. Teruskan mengacau adunan.
- 7Tutup api apabila bahan adunan kelihatan pekat dan sudah mendidih.
- 8Selepas itu, masukkan mentega tak bergaram dan kacau sehingga sebati.
- 9Tuangkan kedalam mangkuk dan tapis jika adunan mempunyai ketulan.
- 10Tutup mangkuk adunan mengunakan plastic wrap atau apa-apa dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- 1Masukkan non-dairy whipping cream kedalam mixer lalu putarkan ia sehingga kental dan kembang.
- 2Masukkan whipping cream kedalam pastry cream sedikit dan gaul sekata.
- 3Kemudian, masukkan adunan ke dalam lebihan whipping cream semula dan adun kesemuanya sehingga sekata.
- 4Sejukkan semula adunan bahan kedalam peti sejuk.
- 1Panaskan kuali dan masukkan secawan air, mentega tak bergaram, gula dan sedikit garam. Masak sehingga bahan-bahan cair.
- 2Masukkan esen vanilla dan tuang kesemua tepung gandum lalu kacau adunan 2-3 minit sehingga sebati menjadi doh.
- 3Masukkan doh kedalam mesin pengadun bila sedikit sejuk dan pukul adunan sambil memasukkan sebiji demi sebiji telur sehingga ia menjadi sedikit lembut dan pekat.
- 4Bila adunan kelihatan pekat dan licin serta tidak terlalu keras, masukkan adunan kedalam piping bag lalu pipekan diatas loyang yang telah disapu marjerin.
- 5Letak sedikit air diatas adunan dengan menggunakan jari supaya kelihatan kemas dan tidak terlalu tajam.
- 6Bakar pada suhu 160c dalam anggaran masa 40 minit sehingga pastry menjadi keperangan dan kembang.
- 1Masukkan krim diplomat kedalam piping bag.
- 2Tebuk lubang kecil dibahagian bawah pastry.
- 3Isikan krim diplomat dengan pipekan krim sehingga penuh kedalam pastry.
- 4Atau;
- 5Potong bahagian atas pastry menggunakan pisau atau gunting.
- 6Pipekan krim diplomat ditengah pastry sehingga penuh keluar keatas lalu tutup bahagian atas pastry.
- 7Hiaskan cream puff dengan gula aising. Kemudian, cream puff siap untuk dihidang.
- •Untuk pastry cream, teruskan kacau adunan diatas api dan jangan berhenti.
- •Jika adunan choux pastry kelihatan masih keras, tambah telur.
- •Boleh menggunakan nozzle didalam piping bag jika ada.
- •Wajib panaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff.
- •Untuk hiasan yang lebih stabil dan tahan lama, gunakan serbuk salji berbanding gula aising.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Tart Telur
undefined...
Diterbitkan pada 1 Oktober 2013

Cheese Tart Versi Klasik Resepi Premium
Cheese Tart yang rangup di luar dan lemak berkrim di dalam.
Diterbitkan pada 13 Januari 2025

Blueberry Cheesetart
undefined...
Diterbitkan pada 7 Jun 2021

Portuguese Egg Tart
undefined...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2016

Churros
Churros rangup dengan cinnamon sugar, lengkap dengan coklat dan butterscotch dipping sauce. Video ini menunjukkan cara lengkap menyediakan doh churros, coklat dipping sauce dan butterscotch dipping sauce, serta tips menggoreng churros supaya rangup di luar dan lembut di dalam.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.
Diterbitkan pada 16 Disember 2025
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...