Blueberry Cheesetart

Blueberry Cheesetart

Edisi Niaga Tart resepi 1 : Blueberry Cheesetart yang montok, penuh dengan rasa cream cheese dan sedap sangat bila digabungkan bersama blueberry filling. Tart shell pula rangup dan cair di mulut menambahkan lagi rasa special cheese tart ini. Bagi Che Nom cheese tart yang sedap perlu ada 2 kriteria iaitu cream cheese filling yang berlemak manis secukup rasa, dan tart yang cukup rangup hasil dari adunan butter dan cara penghasilan yang teliti..Hasil : Anggaran 55-60 biji tart bersaiz 4.5cm

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 7 Jun 20211113 paparan

Masa Penyediaan

45 minit

Masa Memasak

40 minit

Jumlah Masa

N/A

Hidangan

? orang

Bahan-bahan

Bahan Untuk Tart Shell

  • 250g tepung gandum
  • 125g mentega tak bergaram
  • 40g gula aising
  • secubit garam
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan Untuk Cream Cheese Filling

  • 500g krim keju
  • 30g mentega tak bergaram
  • 100g gula aising
  • 1 biji telur (guna 3 sudu besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ½ sudu besar jus lemon
  • Jem blueberry
Cara Memasak

Untuk Tart Shell

  1. 1Ayak gula aising.
  2. 2Asingkan telur kuning dengan telur putih. Ambil bahagian telur kuning.
  3. 3Masukkan tepung gandum, gula aising, secubit garam, dan mentega tak bergaram lalu putar atau gaul adunan sehingga sekata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. 4Masukkan susu tepung, telur kuning dan esen vanilla. Putar atau gaul sehingga kesemua adunan menjadi sebati.
  5. 5Tambah air sejuk jika adunan terlalu kering sehingga adunan boleh digumpal.
  6. 6Rehatkan doh selama jam dalam peti sejuk.
  7. 7Sesudah itu, masukkan doh dalam acuan. Letakkan doh di tengah acuan lalu tekan dan ratakan ke bahagian tepi acuan sehingga rapat dan sekata.
  8. 8Trim lebihan doh supaya kelihatan lebih kemas
  9. 9Cucuk bahagian bawah tart menggunakan garfu untuk menggelakkan bahagian bawah tidak menggelembung semasa dibakar.
  10. 10Bakar pada suhu 16c dalam masa selama 15-20 minit
  11. 11Sesudah dibakar, keluarkan tart dari acuan dan sejukkan.

Untuk Cream Cheese Filling

  1. 1Masukkan cream cheese dan mentega tak bergaram kedalam bekas pengadun, lalu putar sehingga kedua bahan sebati.
  2. 2Sambil putar, masukkan gula aising yang telah diayak, esen vanilla, telur, jus lemon (pilihan). Putar dalam anggaran masa 10 minit sehingga adunan menjadi pekat dan licin
  3. 3Masukkan cream cheese dan jem blueberry secukupnya dalam piping bag.

Untuk Blueberry Cheesetart

  1. 1Pipe kan jem blueberry filling kedalam shell tart diikuti dengan cream cheese diatasnya.
  2. 2Gunakan air dengan basahkan di hujung jari lalu basahkan tajam di hujung cream cheese (pilihan).
  3. 3Bakar blueberry cheesetart pada suhu 170 selama 10 -15 minit sehingga cheese tidak melekat bila disentuh, lalu sejukkan seketika.
  4. 4Masukkan jem blueberry kedalam piping bag dan gunting sedikit hujung muncung piping bag.
  5. 5Hiaskan atas cheesetart dengan piping blueberry filling mengikut kreativiti.
  6. 6Kemudian, blueberry cheesetart siap untuk dihidang dan dijamu selera.
Petua & Panduan
  • Mentega tak bergaram untuk adunan tart shell mestilah sejuk.
  • Adunan tart shell boleh diputar menggunakan food processor atau digaul menggunakan tangan, asalkan adunan menjadi sekata.
  • Adunan tart shell jangan diuli terlebih lama bagi mengelakkan pastry menjadi keras.
  • Boleh gunakan alat penekan tart untuk lebih cepat dan mudah jika tidak mahu gunakan tangan,
  • Tambahan jus lemon kedalam cream cheese membantu untuk menghilangkan muak cheese dan sedapkan lagi rasa cheesetart. Jadi, jus lemon adalah pilihan samada mahu ditambah kedalam, cheese tart ataupun tidak.
  • Blueberry filling jangan masukkan terlalu banyak kedalam tart shell supaya tak melimpah keluar semasa dibakar.
  • Gunting hujung piping bag cukup besar dalam besarnya dari bulatan tart shell dan pipe kan secara meninggi cream cheese kedalam tart shell.
  • Jika bakar cheesetart terlalu lama, tart shell akan menjadi merekah dan tidak cantik.
  • Sebelum dihias blueberry cheesetart, pastikan cheesetart sudah sejuk bagi menggelakkan blueberry menjadi cair.
Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom