Resepi Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Bahan-bahan
- 2/3 cawan tepung beras
- 2/3 cawan tepung ubi kayu
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
- 1 sudu kecil gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak masak panas
- Air sejuk secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning (pilihan)
- 1 ikat pisang (disyorkan pisang Abu, pisang awak atau pisang tanduk)
Cara Buat Pisang Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 480 kcal
- Protein
- 2 g
- Karbohidrat
- 67 g
- Lemak
- 23 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 16 g
- Natrium:
- 290 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ikat pisang dianggar 12 biji (~480 g isi).
- Kira-kira 70% adunan tepung melekat pada pisang.
- Minyak goreng dalam dikira 10% serapan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Gunakan pisang yang sedang elok masaknya, jangan terlalu ranum. Kalau pisang terlalu ranum, gulanya akan cepat hangus dan jadi tompok hitam masa digoreng.
- Tambah 2 sudu besar minyak yang betul-betul panas ke dalam adunan tepung. Petua ni akan 'memerangkap' udara dalam adunan dan menjadikan salutan pisang lebih rangup bila digoreng.
- Untuk hasil yang lebih rangup dan tahan lama, boleh cuba teknik gorengan dua kali. Goreng kali pertama hingga kekuningan, angkat dan rehatkan 5 minit. Kemudian, goreng semula dalam minyak panas hingga garing keemasan.
- Jangan masukkan terlalu banyak pisang dalam kuali sekali gus. Ia akan menurunkan suhu minyak dan menyebabkan pisang menyerap minyak serta tidak menjadi rangup.
Video
Pengenalan
Jom kita cuba resepi pisang goreng rangup versi bebas gluten yang sangat istimewa ni. Resepi ni menggunakan gabungan tiga jenis tepung iaitu tepung beras, tepung ubi, dan tepung jagung untuk menghasilkan salutan yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.
Che Nom kongsikan juga petua untuk dapatkan adunan yang sempurna tanpa guna telur atau air kapur, cukup dengan teknik bancuhan dan cara gorengan yang betul. Hasilnya, pisang goreng yang ringan, tak keras, dan tak serap banyak minyak.
Sesuai sangat dinikmati untuk minum petang bersama keluarga, cicah pula dengan sambal kicap, memang padu!
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









