
Bubur asyura utara
Assalamualaikum. Resepi kali ini istimewa sempena Hari Asyura yang disambut pada setiap 10 Muharram. Ramai yang mengambil peluang berpuasa sunat kan. Tradisi masyarakat kita, ada satu menu yang dipanggil bubur asyura, dalam bulan muharram memang terkenal. Che Nom akan tunjuk cara masak bubur asyura versi manis yang terkenal di sebelah utara tanah air.
Bahan utama ialah tepung beras dan santan segar. Ada juga macam-macam bahan lain yang kita masukkan antaranya pelbagai jenis kekacang, ubi keledek, jagung, pisang. Ianya satu manisan yang sangat berkhasiat. Nostalgia betul kecik-kecik dulu makan di kampung hasil gotong royong mak-mak masak kat surau. Sedap sangat.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 pek / 500g tepung beras
- 2 ketul keledek oren
- 1 cwn kacang merah
- 1 cwn kacang hijau
- 1 cwn kacang kuda
- 1 cwn kacang tanah
- 1-2 tongkol jagung
- 6-10 biji pisang
- 3 helai daun pandan
- 5 cwn santan pekat
- 3 cwn santan cair
- Nota: Santan hasıl dari perahan dari 2 biji kelapa parut
- 2-3 cwn air
- Garam secukup rasa
- 1 cwn serbuk gula merah
- 1/2 cwn gula melaka
- 1 cwn gula putih
- 1 helai daun pandan
- 1 cwn air
- 1Keledek oren potong dadu dan rebus 15 minit atau sampai keledek lembut dan kemudian tapis air.
- 2Pisang potong bulat.
- 3Jagung potong ambil isi (nak guna yang dalam tin pon boleh).
- 4Kacang kuda rendam semalaman kemudian rebus sampai lembut dan buang kulit .
- 5Kacang tanah sampai lembut.
- 6Kacang hijau dan kacang merah rendam 3-4 jam dan rebus sampai lembut.
- 7Rebus gula merah Thai, gula Melaka dan gula putih dengan air dan daun pandan sampai cair.
- 8Bancuh tepung beras dengan santan cair dan air putih. Kacau sebati dan tapis.
- 9Masuk santan pekat, daun pandan dan garam dalam kuali.
- 10Buka api perlahan dan kacau sampai santan naik wap.
- 11Tuang masuk semua bancuhan tepung beras.
- 12Masukkan kacang merah dan kacang hijau.
- 13Kemudian tapis dan masuk air gula.
- 14Masukkan kacang tanah dan teruskan kacau.
- 15Bila bubur dah mula pekat, boleh tuang masuk kacang kuda. Sambung kacau sampai pekat dan berkilat.
- 16Masukkan keledek oren dan jagung dan sambung kacau pekat bertali.
- 17Akhir sekali masukkan pisang.
- •Kacang Che Nom tak suka lembut sangat sampai pecah, takut nanti masuk dalam bubur tak cantik.
- •Untuk masak Che Nom guna kuali cap buaya 45cm atau 18 inci.
- •Masa masak santan, kacau sampai naik wap ja, jangan sampai mendidih takut pecah minyak.
- •Kacau bubur dengan cara tolak sudip macam kita kikis bahagian bawah kuali, jangan sampai berkerak bawah tu.
- •Kalau suka bubur yang pekat boleh kurangkan air.
- •Kalau pekat sangat boleh tambah sikit air, lepas tambah air kena kacau lama nak elak cepat basi.
- •Alas bubur dengan daun pisang, baru wangi baunya nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....
Resepi Berkaitan

Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Mandi Ayam memadukan keharuman rempah Mandy buatan sendiri dengan ayam yang direbus, diperap, dan dibakar hingga lembut serta berjus. Dihidangkan bersama nasi basmathi wangi, sup ringkas, salad segar, dan sos Harrah pedas, menu ini sempurna untuk acara istimewa atau juadah keluarga, terutama pada bulan Ramadan.
Diterbitkan pada 18 Januari 2025

Set Ayam Gepuk Ala Top Universe
Hidangan kegilaan rakyat Malaysia iaitu set ayam gepuk yang dipadankan dengan sambal gajus yang pedas dan berlemak. Selalu beli dekat kedai je kan, lepas ni boleh try masak sendiri.
Diterbitkan pada 13 Ogos 2024

Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru
Che Nom berkongsi resepi Bubur Lambuk Kg Baru sempena bulan Ramadhan. Resepi warisan ini telah diubah suai untuk kuantiti yang sesuai dimasak di rumah.
Diterbitkan pada 17 April 2024

Punten
Che Nom berkongsi resepi Punten dan Sambal Ijo, makanan tradisi masyarakat Jawa Selangor yang sedang viral. Punten seakan-akan nasi lemak dan nasi impit, dimakan bersama sambal ijo yang pedas dan menyengat.
Diterbitkan pada 27 Februari 2024

Nasi Lemak Bunga Telang
undefined...
Diterbitkan pada 11 Januari 2024

Pes Nasi Goreng Kampung
undefined...
Diterbitkan pada 12 Ogos 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.