Resepi Punten
Che Nom berkongsi resepi Punten dan Sambal Ijo, makanan tradisi masyarakat Jawa Selangor yang sedang viral. Punten seakan-akan nasi lemak dan nasi impit, dimakan bersama sambal ijo yang pedas dan menyengat.

Bahan-bahan
Cara Buat Punten
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 6 hidangan
- Kalori
- 530 kcal
- Protein
- 14.5 g
- Karbohidrat
- 61.5 g
- Lemak
- 24 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 3.5 g
- Natrium:
- 990 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 2 cawan beras dianggar 6 hidangan.
- 6 cawan santan dianggar santan cair (setara ~400 ml santan pekat).
- Ikan bilis 1 mangkuk dianggar 60 g kering; minyak sambal tidak disenaraikan, dianggar 3 sudu besar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sukat beras dan air dari bekas yang sama. Sukatanya 1 cwn beras sama dengan 3 cwn air.
- Kalau nak guna santan kotak, cairkan air sampai cukup 6 cwn.
- Kalau nak senang gumpal nasi, boleh gumpal dengan tangan pakai sarung tangan plastic.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom share resepi menu yang tengah viral dan dikatakan makanan asli masyarakat Jawa di sebelah Selangor, iaitu Punten dan Sambal Ijo yang pedas berasap menyengat. Seumur hidup memang Che Nom tak pernah makan sempai lah viral baru-baru ni.
Apa rasa Punten ni. Mesti ramai yang tanya kan. Nasi nya tu seakan-akan rasa nasi lemak yang digabung dengan nasi impit. Beras dimasak dengan santan supaya lembik hasilnya, kemudian kita tumbuk sampai halus sebelum dibentukkan menjadi Punten. Nak bentukkan tu yang agak mencabar.
Dan yang menariknya bila kita makan dengan sambal ijo yang harus dimasak menggunakan cili hijau kampung bersama dengan Ikan bilis dan udang kering tumbuk. Memang sedap sambal ni tau, pedas nya tu ketagih bila makan dengan nasi. Anda wajib cuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









