ResepiCheNom
Bomboloni

Resepi Bomboloni

Masak 45 min

Bomboloni donut Itali yang gebu lembut, disalut gula dan boleh diisi custard, Nutella atau jem ikut selera. Che Nom timbang 42g sebiji, jadi lebih kurang 23 biji.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Pastry Cream

  • 2 kuning telur2 kuning telur
  • ¼ cawan gula kastor¼ cawan gula kastor50g
  • 1 sudu besar tepung gandum1 sudu besar tepung gandum8g
  • 3 sudu besar tepung jagung3 sudu besar tepung jagung22g
  • ¼ sudu kecil garam¼ sudu kecil garam2g
  • 1 ¼ cawan /310ml susu full cream1 ¼ cawan /310ml susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil esen vanila5g
  • 2 sudu besar mentega2 sudu besar mentega28g

Bahan Untuk Coklat Cream

  • 1 sudu besar serbuk koko1 sudu besar serbuk koko5g
  • 3 sudu besar tepung jagung3 sudu besar tepung jagung22g
  • 1 sudu besar mentega1 sudu besar mentega14g
  • 2 sudu besar susu pekat manis2 sudu besar susu pekat manis39g
  • 1 cawan/ 250ml susu full cream1 cawan/ 250ml susu full cream
  • 80g dark atau milk coklat kompaun± ⅓ cawan± ⅓ cawan(80g dark atau milk coklat kompaun)

Bahan Untuk Doh Bomboloni

  • 1 cawan / 250ml susu full cream1 cawan / 250ml susu full cream
  • 4 sudu besar sudu besar gula kastor4 sudu besar sudu besar gula kastor50g
  • 2 ½ sudu kecil serbuk yis2 ½ sudu kecil serbuk yis
  • 540g tepung hi-protein atau tepung roti± 4 ⅓ cawan± 4 cawan + 2 sudu besar(540g tepung hi-protein atau tepung roti)
  • 1 sudu kecil baking powder1 sudu kecil baking powder4g
  • 5 sudu besar / 70g mentega± ⅓ cawan± ¼ cawan + 1 sudu besar(5 sudu besar / 70g mentega)
  • 1 biji telur saiz B1 biji telur saiz B
  • ¼ sudu kecil garam¼ sudu kecil garam2g
  • 2 sudu besar susu tepung (Che Nom tambah off record)2 sudu besar susu tepung (Che Nom tambah off record)16g
  • ¼ cawan air (tambah lagi sedikit jika perlu)¼ cawan air (tambah lagi sedikit jika perlu)60g

Cara Buat Bomboloni

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Pastry Cream

  1. 1
    Asingkan kuning dan putih telur.
  2. 2
    Masukkan gula kastor, tepung gandum, tepung jagung bersama sedikit garam kedalam kuning telur. Gaul sebati sehingga menjadi cair sekata.
  3. 3
    Panaskan susu full cream hingga suam lalu tuang sedikit demi sedikit kedalam acuan kuning telur.
  4. 4
    Tambah esen vanilla.
  5. 5
    Masak acuan dan kerapkan kacau sehingga menjadi pekat dengan api yang perlahan.
  6. 6
    Masukkan mentega dan kacau sehingga licin.
  7. 7
    Kemudian, masuk dan sejukkan acuan kedalam piping bag.

Untuk Coklat Cream

  1. 1
    Ayak serbuk koko lalu masukkan tepung jagung, mentega, susu pekat dan susu full cream.
  2. 2
    Masak acuan sehingga menjadi pekat.
  3. 3
    Sesudah menjadi pekat, tutup api lalu masukkan dark atau milk coklat kompaun. Gaul sehingga sebati.
  4. 4
    Kemudian, masuk dan sejukkan acuan kedalam piping bag.

Untuk Doh Bomboloni

  1. 1
    Bancuh serbuk yis segera bersama susu full cream suam dan gula kastor, lalu gaul kesemuanya.
  2. 2
    Masukkan tepung hi-protein, baking powder, mentega atau marjerin, telur dan bancuhan yis kedalam bekas pengadun, lalu uli sehingga menjadi doh.
  3. 3
    Ketika menguli, masukkan garam dan air lalu sambung uli sehingga menjadi doh kental dalam anggaran masa 10-15 minit.
  4. 4
    Keluarkan doh apabila doh sudah tidak melekat pada bekas pengadun, uli seketika dengan tangan diatas tempat taburan tepung.
  5. 5
    Griskan mangkuk dengan minyak. Kemudian, masukkan doh dan perap hingga naik 2 kali ganda.
  6. 6
    Selepas 1½ jam apabila doh menjadi kembang, uli doh sekali lagi.
  7. 7
    Bahagikan kepada doh-doh kecil, dan timbang berat dalam 40g atau 50g.
  8. 8
    Bulatkan doh lalu letakkan diatas dulang yang berlapik kertas baking dan susun dengan jarak.
  9. 9
    Tekan doh sedikit rata dan perapkan sekejap sehingga naik atau kembang.
  10. 10
    Panaskan minyak lalu goreng doh sehingga keperangan kedua belah bahagian donut.
  11. 11
    Bila donut masih panas, gaul dan salut ia dengan gula kastor atau gula icing bersama snow powder.

Untuk Meletakkan/’Pipe’Kan Topping

  1. 1
    Gunting donut sedikit atau membuat lubang menggunakan chopstick.
  2. 2
    Masukkan fillings pastry cream dan coklat cream kedalam donut.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
¼ cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 50g (cawan US 240ml).
1 sudu besar tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 8g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Gunakan api perlahan memasak acuan pastry cream.
  • Jika yakin bahawa yis sudah okay, boleh masukkan terus dan kacau didalam adunan tepung lalu uli kesemuanya.
  • Jika mahu menggunakan cara “slow rising”, boleh bancuh dengan air sejuk atau air ketulan ais.
Tunjuk semua petua (8)
Petua & Panduan
  • Jika tidak mahu uli menggunakan pengadun, boleh sahaja uli menggunakan tangan.
  • Elak letakkan garam bersama bancuhan yis supaya yis tidak rosak.
  • Jika tidak mahu membuat bulatan dengan tangan, boleh sahaja menggunakan dengan acuan ring.
  • Elakkan daripada mengalih donut banyak kali kerana donut akan jadi lebih berminyak.
  • Seeloknya untuk yang berniaga, salutkan menggunnakan dengan snow powder untuk menjadikan gula tahan lebih lama.
Video
Pengenalan

Hi semua, kali ini Che Nom nak sediakan bomboloni, iaitu resepi donut versi orang Itali. Testure yang lembut, disalut dengan gula kastor atau gula icin.

Cara nak buat pun sama saja macam donut yang biasa itu, cuma nanti kita akan isikan donut dengan filling kegemaran masing, ada yang suka custard cream, ada yang suka Nutella, atau fruit jam filling. Macam-macam variasi boleh buat.

Nota: Che Nom timbang doh 42g, dapat hasilkan 23 biji bomboloni,

Diterbitkan pada 13 April 202112.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru