![Nasi Daging Air Asam Utara](/images/recipes/d756e285ad9eb4e82688838cb8bb9973991626f9.jpeg)
Nasi Daging Air Asam Utara
Resepi Nasi Daging Air Asam ni sangat terkenal di sebelah utara tanah air. Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau kenduri-kendara. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, haruslah direbus lebih lama dalam anggaran masa 2-3 jam. Kelebihan masak menggunakan daging yang banyak urat ialah rasa daging tu lagi menarik dan sedap, cuma agak leceh nak rebus dalam masa yang lama. Masa dapat dijimatkan jika anda ada pressure cooker.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 -2 sudu besar minyak sayuran
- 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
- 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
- 5 cawan air rebusan daging
- 1 cawan sudu cair
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
- 2 1/2 sudu besar rempah kurma
- 1 batang serai, dititik
- 3 sudu besar minyak sapi
- 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
- Sedikit kismis hitam
- 1 sudu besar rempah kurma
- 2 inci halia, hiris nipis
- Air dalam anggaran 7 cawan lebih
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- 5 ulas bawang putih, hiris nipis
- 3 kuntum bunga lawang
- 2 batang kayu manis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 6 biji buah pelaga
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- 2 biji tomato, potong kecil
- 6 biji cili merah, potong kecil
- 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
- 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
- 2 sudu besar sos ikan Thai
- 3 sudu besar gula
- 1-2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar kerisik
- Sedikit perahan jus limau nipis
- 1Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
- 2Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
- 3Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
- 4Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
- 1Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
- •Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Nasi Daging & Air Asam Kerisik Utara](/images/recipes/Nasi_Daging_IG.jpg)
Nasi Daging & Air Asam Kerisik Utara
Bersempena Hari Raya Aidiladha yang baru saja berlalu, Che Nom nak sediakan permintaan ramai iaitu Nasi Daging Utara dan...
![Nasi Goreng Tom Yam](/images/recipes/68418fdb5e5c04546b26f1018d42849c8ad83a06.jpeg)
Nasi Goreng Tom Yam
Resepi Nasi Goreng Tomyam, yang sungguh sedap. Kalau dah pandai masak ni, tak perlulah lagi ke kedai Thai kalau nak maka...
![Pes Nasi Goreng Kampung](/images/recipes/Pes_Nasi_Goreng_Kampung-2.jpg)
Pes Nasi Goreng Kampung
Kali ni Che Nom nak share idea masakan yang sangat lah membantu mudahkan kerja kita memasak di dapur, iaitu cara untuk m...
![Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap](/images/recipes/Nasi_Ayam_Penyet.jpg)
Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap
Nasi Ayam Penyet yang asalnya dari negara jiran iaitu Indonesia, ada pelbagai versi untuk sediakan hidangan ni, dan Che ...
![Nasi Hujan Panas](/images/recipes/Nasi_Hujan_Panas-2.jpg)
Nasi Hujan Panas
Jom kita masak menu special kali ni, iaitu nasi hujan panas dan juga acar timun. Che Nom padankan juga dengan ayam masak...
![Nasi Lemak Tumis](/images/recipes/DSC_5041.jpg)
Nasi Lemak Tumis
Resepi Nasi Lemak yang saya adaptasi dari resepi kak Azlita Aziz di video instagram nya. Selalunya Che Nom tak gunakan k...