Resepi Bihun Sup Ayam Utara Yang Mudah
Bihun Sup Ayam Utara ni memang ngam bila tekak nak yang berkuah ringan tapi padu-bihun kuning kunyit, sup ayam sedap, siap sambal tumis merah pekat dan lobak masin.

Bahan-bahan
Cara Buat Bihun Sup Ayam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 655 kcal
- Protein
- 19 g
- Karbohidrat
- 82.5 g
- Lemak
- 24 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 10 g
- Natrium:
- 1960 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Termasuk sup, bihun (1 pek dikira 400 g kering) dan sambal; sambal dikira 70% sahaja dimakan.
- 1/2 ekor ayam dianggar 600 g bertulang, 65% isi boleh dimakan.
- Garam 'secukup rasa' dianggar 2 sudu kecil untuk 2 liter sup dan 1 sudu kecil untuk sambal.
- Kiub ayam, rempah bunjut dan lobak masin menjadikan natrium tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Bihun jangan direbus sehingga lembut sangat kerana takut nanti lembik bila kita hidangkan bersama kuah sup yang panas. Boleh ganti kunyit dengan pewarna kuning jika suka
- Boleh juga gunakan sup bunjut biasa, tapi anda perlu tambah 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan beberapa tangkai bunga cengkih untuk bagi sup lebih sedap dan kuat rasa rempahnya.
- Lobak masin harus direbus atau celur sekejap kerana jika tidak rasanya terlalu masin.
- Untuk sambal merah, Che Nom tak letakkan bawang kerana ini versi yang cepat dan mudah tapi tetap sedap rasanya. Anda boleh letak bawang jika suka.
Video
Pengenalan
Resepi Bihun Sup Ayam Utara yang mudah dan sedap rasanya. Kadang-kadang jika tekak rasa nak makan makanan yang berkuah dan 'light' sahaja, boleh lah sediakan bihun sup ayam utara ni. Pasti membuka selera.
Ciri-ciri bihun sup utara, baik ayam ataupun daging mestilah bihun nya bewarna kuning hasil dari rendaman bihun bersama kunyit atau pewarna kuning. Ia juga hidangkan bersama sambal tumis merah yang menggunakan serbuk cili sebagai bahan utama kerana kita nak dapatkan tekstur sambal tumis merah yang pekat, pedas dan halus.
Satu lagi bahan penting ialah lobak masin yang dihiris halus sebagai pelengkap hidangan. Anda boleh semak resepi lengkap di bawah dan selamat mencuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









