
Resepi Bihun Goreng Singapura
Bihun Goreng Singapura versi mudah, putih tanpa kicap tapi tetap cukup rasa dan sedikit pedas dari lada. Lagi sedap bila letak udang dan sotong segar, makan dengan cili kicap.
Bahan-bahan
Cara Buat Bihun Goreng Singapura
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
- 2Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
- 4Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
- 5Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
- 6Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
- 7Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 750 kcal
- Protein
- 28.5 g
- Karbohidrat
- 98 g
- Lemak
- 24.5 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 5 g
- Natrium:
- 1550 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Minyak menumis tidak disukat; dianggar 4 sudu besar.
- '1 mangkuk kecil' udang dan ayam dianggar 150 g setiap satu.
- Sayur (kobis, karot, sawi, taugeh) tidak disukat; dianggar 430 g kesemuanya.
- Garam secukup rasa 1.5 sudu kecil; 1 kiub ikan bilis menyumbang natrium tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Bihun Goreng Singapura yang tidak asing lagi didalam menu atau hidangan masyarakat Malaysia. Tak pasti pula bagaimana masakan ini mendapat nama begitu dan apa kaitannya dengan Singapura, tetapi rasanya memang sedap jika digabungkan dengan seafood yang segar seperti udang dan sotong.
Warnanya yang putih kerana tidak dimasukkan kicap mahupun cili kisar. Sebaliknya rasa pedas datang dari lada hitam dan lada sulah dan dihidangkan pula bersama cili kicap sebagai bahan pelengkapnya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)









