ResepiCheNom
Bihun Goreng Legend

Resepi Bihun Goreng Legend

Prep 25 minMasak 20 minJumlah 45 minHidangan 4 orang

Che Nom kongsikan resepi mudah bihun goreng ala nenek yang ringkas tapi sedap, sesuai dinikmati selepas musim perayaan. Dengan teknik menggoreng mudah dan cepat, bihun yang dihasilkan lembut, pedas dan cukup rasa.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 pek /450g bihun1 pek /450g bihun
  • 4 biji bawang merah kecil4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2 sb udang kering2 sb udang kering
  • 6 tangkai cili kering6 tangkai cili kering
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit
  • 1 sb gula1 sb gula
  • 1-2 sb air asam jawa1-2 sb air asam jawa
  • SawiSawi
  • Garam, secukup rasaGaram, secukup rasa
  • Serbuk seasoningSerbuk seasoning
  • 2 biji telur2 biji telur

Cara Buat Bihun Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Bihun Goreng

  1. 1
    Masukkan tomato, batang sawi dan gula.
  2. 2
    Rendam bihun dengan air agak tenggelam. Bila bihun dah lembut boleh toskan air.
  3. 3
    Potong kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
  4. 4
    Rendam udang kering dalam air selama 5 minit.
  5. 5
    Gunting cili kering dan rebus sampai lembut.
  6. 6
    Tumbuk udang kering, bawang dan cili kering sampai hancur.
  7. 7
    Potong kasar tomato dan sayur sawi.
  8. 8
    Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk kunyit sampai garing.
  9. 9
    Ramas asam jawa dengan air dan tuang masuk dalam tumisan.
  10. 10
    Masukkan garam, serbuk seasoning, bihun dan air agak tenggelam.
  11. 11
    Masak atas api perlahan anggaran 5-10 minit atau sampai naik steam.
  12. 12
    Balikkan-balikkan dan kacau sebati.
  13. 13
    Masukkan daun sawi dan kacau sampai layu.

Telur Dadar

  1. 1
    Pecahkan telur dan kocok dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. 2
    Panaskan kuali dan goreng telur nipis-nipis.
  3. 3
    Angkat telur goreng, gulung dan potong halus.
  4. 4
    Boleh hidang bihun goreng dan tabur telur dan cili potong sebagai hiasan.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Kali ni jom tengok Che Nom nak masak menu simple atau nak kata menu klasik pun boleh tapi memang betul-betul sedap.

Masa beraya dan masa open house kita dah makan makanan yang semua heavy, berlemak dan berempah pasti dah dah jemu kan. Jadi lepas syawal, kita makan yang simple aja lah.

Che Nom share resepi bihun goreng style nenek-nenek dulu dengan cara/teknik menggoreng yang tak perlukan banyak tenaga sebab tak perlu kacau lama-lama. Che Nom hidangkan bersama dengan telur dadar sebangai pelengkap hidangan. Hasilnya bihun yang cukup lembut, pedas, ha semua cukup rasa lah. Sepinggan memang tak cukup kalau masak bihun macam ni.

Diterbitkan pada 26 Jun 202411.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru