
Resepi Ayam Masak Merah Sedap
Ayam Masak Merah ni mudah je, guna bahan dapur biasa tapi kuah sambal jadi lagi sedap bila letak gula melaka. Tumis dengan daun kari bagi aroma wangi, rasa macam lauk kenduri.
Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Merah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 2Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
- 3Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
- 4Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- 5Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 340 kcal
- Protein
- 14.5 g
- Karbohidrat
- 16 g
- Lemak
- 24 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 7.5 g
- Natrium:
- 520 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ekor ayam dianggar 1.2 kg bertulang, 65% isi boleh dimakan dan berkulit.
- Ayam digoreng dahulu; serapan minyak dikira 8%.
- Minyak menumis pes dianggar 4 sudu besar kerana tidak disukat.
- Garam 'sedikit' dianggar 1½ sudu kecil untuk seluruh kuali.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Ayam Masak Merah yang Che Nom kongsikan kali ini lebih mudah dan menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya ada di dapur. Cuma apa yang istimewanya ialah jenis gula yang digunakan iaitu gula melaka. Che Nom rasa penggunaan gula melaka menyebabkan manis kuah sambal lebih sedap daripada sambal yang dimasukkan gula putih biasa.
Memang ala-ala lauk kenduri sambal kampung rasa Ayam Masak Merah ini. Anda harus cuba. Sila rujuk bahagian tips untuk cara-cara masak sambal tumis dengan sedap.
Bahan istimewa yang ke-2 ialah daun kari. Penggunaan daun kari semasa menumis dapat menambahkan rasa dan aroma yang lebih wangi serta menyelerakan. Tapi jangan risau jika tak ada daun kari, boleh aja diabaikan. Cuma rasanya akan sedikit berbeza dengan versi yang Che Nom masak hari ini.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Ayam Masak Merah Raya Special

Resepi Ayam Sambal Berlada

Resepi Ayam Masak Cili Kering Padu, Kuah Pekat Pedas Manis

Resepi Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Mudah & Sedap

Resepi Ayam Masak Daun Kari

Resepi Ayam Masak Ketumbar
Resepi Terbaru

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)



