
Resepi Ayam Masak Kam Heong
Ayam Masak Kam Heong ala restoran Chinese Muslim dengan ayam goreng yang disalut kuah pekat, wangi dan berempah. Memang sedap dimakan dengan nasi putih panas.
Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Kam Heong
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Ayam Masak Kam Heong ni memang antara lauk kegemaran kalau makan di restoran Chinese Muslim, sebab aromanya sangat wangi, berempah dan menyelerakan. Gabungan ayam yang digoreng dahulu dengan kuah kam heong yang pekat menjadikan rasanya lebih sedap, dengan keseimbangan masin, manis dan pedas yang cukup ngam.
Dalam resepi ni, ayam diperap ringkas supaya lebih berperisa dan digoreng sampai keperangan sebelum disalut dengan kuah yang dimasak bersama bawang, serai, daun kari dan udang kering. Teknik ni bantu bagi tekstur ayam yang lebih sedap, tak lembik, dan kuah pula lebih mudah melekat pada ayam.
Bancuhan sos untuk kuah juga sangat penting supaya rasa serbuk kari, sos tiram dan kicap sebati tanpa berketul. Bila ditumis sampai pecah minyak dan naik bau, hasilnya memang padu dan beraroma.
Kalau suka versi yang lebih pedas, boleh lebihkan cili padi mengikut citarasa. Kalau suka sedikit berkuah, tambah air sedikit demi sedikit supaya kuah kekal pekat dan tak terlalu cair.
Resepi ni memang sesuai dihidang dengan nasi putih panas, dan kalau makan waktu tengah hari memang bertambah-tambah nasi. Ringkas tapi rasa dia memang ala restoran, sesuai sangat kalau nak masak lauk istimewa di rumah.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









