Ayam Masak Butter
Ayam

Ayam Masak Butter

Untuk kali ini, Che Nom akan kongsi resepi ayam masak butter versi baru. Ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan tepung berempah, digoreng sampai garing di luar dan lembut di dalam. Ayam ni kalau nak makan macam tu aja pun sedap. Dan ayam goreng berempah tu kita gaul pula dengan kuah butter bersusu yang cukup lemak dan pedas rasanya .Kombinasi rasa yang cukup menarik.

Bahan-bahan untuk hasilkan ayam masak butter ni pun cukup mudah, hanya dengan beberapa bahan sahaja kita dapat hasilkan masakan yang anak-anak pasti suka.

Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 3 November 20228.4K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar tepung gandun
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Sedikit air
  • 2 keping dada ayam, hiris kecil

  • 60g /4 sudu besar mentega
  • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili api merah dan hijau
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 tin /400ml susu cair atau susu full cream
  • 1 keping keju cheddar
  • Sedikit garam
Cara Memasak

  1. 1
    Potong isi ayam kepada ketulan kecil.
  2. 2
    Gaul isi ayam dengan tepung gandum, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, serbuk kari, telur, tepung jagung dan sedikit air (adunan perlu pekat).
  3. 3
    Gaul sampai isi ayam bersalut sebati.
  4. 4
    Perap selama setengah jam (pilihan).
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng ayam.
  6. 6
    Kerap balik-balikkan ayam.
  7. 7
    Angkat dan toskan minyak.
  8. 8
    Goreng daun kari (untuk hiasan) sampai garing. Angkat dan toskan minyak.

  1. 1
    Potong dadu bawang holland.
  2. 2
    Cincang halus bawang putih.
  3. 3
    Hiris halus cili padi.
  4. 4
    Dalam kuali yang sama, tinggalkan anggaran 1 sb minyak masak dan tambah mentega.
  5. 5
    Masukkan bawang holland dan daun kari. Kacau sampai bawang layu.
  6. 6
    Masukkan bawang putih dan cili padi. Kacau sampai bawang putih garing.
  7. 7
    Masukkan cili padi, susu cair, garam dan kepinggan keju (pilihan) dan masak sampai keju cair.
  8. 8
    Masukkan ayam dan kacau sampai ayam bersalut sebati.
  9. 9
    Reneh kuah sampai mendidih untuk pekatkan sikit kuah.
  10. 10
    Hidang bersama taburan daun kari dan hirisan cili padi.
Petua & Panduan
  • Masa tumis bawang masuk bawang putih lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit.
  • Seeloknya ayam goreng dimasukkan masa nak hidang atau dekat-dekat nak makan.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru