Ayam Goreng Style Mamak

Hi Semua, kali niChe Nom akan tunaikan permintaan ramai untuk hasilkan video resepi ayam goreng Style mamakyang mudah nak ikut untuk sesiapa nak cuba masak kat rumah. Ayam goreng style mamak ni memang rangup di luar, dan juicy serta lembut di dalam hasil dari cara gorengna deep fry,warna pula seakan akan kemerahan,hasil dari serbuk cili dan juga pewarna,kalau masak kat rumah, tak nak letak pewarna pun boleh ikut citarasa sendiri. Resepi asal dari Allahyarham Mamak Haji yang sentiasa murah hati berkongsi resepi.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk ayam Goreng:
    • ½ ekor ayam
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 sudu besar serbuk kari daging
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 ½ sudu besar yoghurt atau tairu
    • ½ sudu kecil serbuk lada putih
    • sedikit garam
    • ½ sudu kecil serbuk kunyit
    • 3 sudu besar tepung gandum
    • 3 sudu besar tepung jagung
    • sedikit air
    • 1-2 tangkai daun kari
    • serbuk pati ayam jika suka

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam goreng:
    1. Masukkan bahan parutan atau kisar halus bawang putih dan halia, serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk ketumbar, yoghurt atau tairu, dan serbuk lada putih kedalam ayam yang telah dikelar.
    2. Tambah sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, gaul kesemuanya sehingga sekata.
    3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan sedikit air atau telur ataupun putih telur untuk melarutkan tepung dengan kesemua bahan dengan ayam.
    4. Masukkan daun kari dan perap ayam selama 3-4 jam atau semalaman.
    5. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan serta cukup masak.
    6. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Kemudian, ayam goreng style mamak sudah siap untuk dihidang.

Tip:

  • Perapan semalaman akan mendapatkan ayam goreng yang lebih sedap kerana bahan-bahan salutan akan lebih terserap kedalam ayam.
  • Pastikan adunan salutan tidak terlalu cair untuk memastikan salutan tetap terlekat di ayam ketika digoreng.
  • Pastikan juga minyak gorengan betul-betul panas, jika tidak tepung salutan ayam akan menjadi kurang lekat pada ayam.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.