Resepi Ayam Goreng Korea Cheese Bertali
Ayam goreng korea yang amat rangup, digoreng dengan teknik istimewa, disalut dengan sos Gochujang yang pekat manis dan pedas, kemudian diilit pula dengan Mozzarella Cheese yang lembut dan bertali pasti menambat hati keluarga terutamanya anak-anak.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Goreng Korea Cheese
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 7 orang
- Kalori
- 390 kcal
- Protein
- 23.5 g
- Karbohidrat
- 20 g
- Lemak
- 23 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 8.5 g
- Natrium:
- 620 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 700 g paha/kepak bertulang dikira 65% isi berkulit.
- 3 sudu besar minyak dikira keseluruhan minyak yang diserap/dimakan.
- Tepung goreng segera yang melekat dianggar ~80 g; mozzarella 250 g dikira penuh.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kelar bahagian peha ayam untuk cepat masak bila goreng.
- Beli tepung goreng yang original, sebab nanti kita akan salut dengan sos gachujang, kacau lah rasa kalau kita guna tepung berempah pedas.
- Salut ayam bila minyak dah panas dan pastikan minyak cukup, anggaran tenggelam ayam.
- Goreng ayam sampai keluar darah dari tulang dan warna bertukar gelap.
Video
Pengenalan
Kalini Che Nom nak share resepi Ayam Goreng Korea bersalut cheese yang cukup rangup, ada rasa pedas manis pada salutan ayam. Bila makan dengan salutan cheese mozzarella yang lemak melted bertali, fuhh memang terbaik. Haii siapa yang tak suka cheese memang rugi. Boleh buat sendiri je di rumah, tapi feeling tu macamm makan kat restoran Korea.
Mula-mula kita perap ayam dengan bahan asas sebagai wet coating, kemudian kita salut pula ayam perap dengan tepung kering dan goreng secara deep fry sampai goden brown dan cukup rangup.
Lepas tu kita salut ayam goreng dengan sos gochujang yang pekat manis dan pedas. Akhir sekali baru lah kita panaskan Anchor Extra Stretched+ Mozzarella Cheese sampai lembut bertali dan balut pada ayam goreng korea. Cheese ni memang sedap berlemak, betul-buat buakan ayam goreng korea jadi another level.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









