Ayam Goreng Mamak Rangup
Ayam

Ayam Goreng Mamak Rangup

Untuk peminat ayam goreng, dan sesiapa yang suka makan ayam goreng style mamak? Kali ni Che Nom akan share cara mudah dan cara yg sesuai untuk mak-mak sediakan di rumah untuk family, resepi ayam goreng mamak yang rangup, moist isinya, sedap dengan rasa bahan perapan dan rupa pun ceria saja, tak rugi lah buat.

Che Nom dah pernah buat sebelum ni Ayam Goreng mamak, tapi ini versi upgrade, lebih rangup lebih sedap dan warnanya pon lebih mengancam, memang kegemaran anak-anak Che Nom lah hidangan ni. Nak makan kat kedai mahal sekarang ni sebab harga ayam pon dah naik, elok kita buat kat rumah, lebih jimat dan lebih sedap.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 28 Jun 2022750 paparan

Masa Penyediaan

20 minit

Masa Memasak

25 minit

Jumlah Masa

45 minit

Hidangan

10 orang

Bahan-bahan

Bahan Ayam Goreng Mamak

  • ½ sb serbuk jintan manis
  • ½ - 1 ekor ayam
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 300g tepung jagung
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • ½ sb serbuk jintan putih
  • 1 sb serbuk kari ikan/daging
  • 1 sb serbuk Cukup Rasa
  • 1-2 sk garam
  • 3 sb tepung beras
  • 2 biji telur
  • ½ sk pewarna merah
  • ½ sk pewarna oren
  • 1 sb jus limau
  • Daun kari
Cara Memasak

Untuk Tepung Salutan

  1. 1Kisar halus halia dan bawang putih dengan sedikit air.
  2. 2Masukkan tepung jagung, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari ikan atau daging, serbuk cukup rasa, garam, tepung beras dan bahan kisar halus.
  3. 3Masukkan telur, lalu gaulkan kesemua bahan sambil memasukkan air sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair dan tiada ketulan tepung.
  4. 4Masukkan pewarna merah dan oren kedalam adunan.
  5. 5Masukkan potongan ayam lalu gaul sehingga adunan dan ayam bersalut sekata.
  6. 6Masukkan jus perahan limau atau lemon kedalam adunan ayam.
  7. 7Perap ayam lebih kurang 1 jam atau semalaman.
  8. 8Panaskan minyak lalu goreng ayam.
  9. 9Ketika menggoreng, tabur daun kari kedalam minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  10. 10Angkat ayam goreng dan toskan minyak. Goreng juga lebihan adunan dan kemudian, Ayam Goreng Mamak siap untuk dihidang.
Petua & Panduan
  • Pastikan minyak cukup dalam dan betul-betul panas untuk menggoreng ayam.
Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom