ResepiCheNom
Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah Kedai Punya!

Resepi Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah Kedai Punya!

Prep 25 minMasak 5 minJumlah 30 minHidangan orang

Jom buat waffle rangup di luar, lembut gebu di dalam dengan buttermilk homemade. Ikut cara bancuhan yang betul, confirm jadi sedap kalah kedai!

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Waffle

  • 2 cawan susu krim penuh2 cawan susu krim penuh
  • 2 sb jus lemon2 sb jus lemon
  • 2/3 cawan minyak jagung (boleh kurangkan kpd 1/2 cawan jika suka)2/3 cawan minyak jagung (boleh kurangkan kpd 1/2 cawan jika suka)
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 2 1/4 cawan tepung gandum2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung1/2 cawan tepung jagung
  • 2 sb gula halus2 sb gula halus
  • 1 sk serbuk penaik1 sk serbuk penaik
  • 1/2 sk soda bikarbonat1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam
  • 1 1/2 sk esen vanila1 1/2 sk esen vanila

Bahan Sos Coklat

  • 1 cawan kepingan coklat1 cawan kepingan coklat
  • 1 sb mentega1 sb mentega
  • 1/4 cawan susu krim penuh1/4 cawan susu krim penuh

Cara Buat Waffle

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Adunan Waffle

  1. 1
    Perah dan ambil jus lemon. Masukkan jus lemon dan susu full cream kedalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
  2. 2
    Dalam mangkuk yang berasingan, masukan tepung gandum, tepung jagung, garam, serbuk penaik, baking soda dan gula halus. Gaul sebati kesemua bahan.
  3. 3
    Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sampai kembang.
  4. 4
    Masukkan kuning telur, esen vanilla dan minyak jagung (boleh ganti minyak masak) kedalam adunan susu (buttermilk).
  5. 5
    Masukkan adunan basah ke dalam adunan kering. Kacau sebati (jangan terlebih kacau).
  6. 6
    Masukkan adunan telur putih dan kacau sebati perlahan-lahan.

Untuk Sos Coklat

  1. 1
    Cairkan kepingan coklat, susu full cream dan butter.
  2. 2
    Keluarkan dari microwave dan kacau sebati.

Untuk Masak Waffle

  1. 1
    Gris waffle maker plate dengan minyak.
  2. 2
    Masukkan adunan waffle dan masak anggaran 4 minit 30 saat.
  3. 3
    Hidangkan bersama sos coklat.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk tahu putih telur telah cukup kembang, angkat sikit (dengan whisk atau sudu), kalau jadi bertanduk kiranya dah kembang.
  • Jangan terlebih kacau adunan waffle, takut terhasil gluten. Gluten yang akan menyebabkan waffle keras.
  • Cairkan coklat sekadar lembut tak perlu mendidih, kalau terlebih panas takut coklat rosak.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Kalau nak garing tahan lama, rehatkan waffle atas cooling rack.
Video
Pengenalan

Kali ni jom kita buat waffle! Che Nom ada resepi baru yang mantap untuk hasilkan waffle yang rangup di luar, tak padat dan lembut di dalam. Dulu Che Nom guna bancuhan yang sama untuk pancake untuk masak waffle, memang kurang sedap. Dan kali ni juga, Che Nom nak test mesin waffle yang baru beli. Pertama kali nak guna.

Mula-mula kita sediakan buttermilk secara homemade menggunakan susu & lemon, kemudian guna kan buttermilk untuk buat adunan waffle. Cara bancuhan waffle pun sangat penting untuk elakkan hasil waffle kita keras dan tak menjadi sedap. Jadi, bukan sahaja resepi, cara pun kena bagi perhatian.

Akhir sekali kita masak adunan menggunakan waffle maker, sampai perang dan garing. Boleh dihidang dengan sos coklat homemade. Sedap sangat. Jimat pun jimat, satu rumah boleh makan.

Diterbitkan pada 21 Ogos 202255.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru