
Tomyam Ayam
Kali ni Che Nom nak share resepi asli Tomyam Thai versi ayam. Memang takde seafood dalam resepi ni. Macam biasa untuk kuah sup, kita guna bahan-bahan fresh yang direbus.
Kuahnya adalah versi kuah merah yang berlemak pedas rasanya. Kena sangat masakan untuk versi ayam dan Che Nom tambah satu bahan untuk bangkit kan rasa aroma pedas masakan Thai yg special untuk tomyam ni. Memang puas hati kalau masak sendiri.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4-5 cwn air
- 4 ketul / 500g ayam
- 2 batang serai
- 2 inci lengkuas
- 3-4 helai daun limau purut
- 2 akar ketumbar
- 1/2 ketul kiub ayam
- 2-3 sb sos ikan
- 3 sb pes tomyam
- Sedikit garam
- 1 senduk susu cair
- 1/2 biji bawang holland
- 4 tangkai cili kering
- Kubis bunga
- Tomato
- Cendawan (jika suka)
- 5-6 tangkai cili padi
- Jus limau nipis
- Daun ketumbar
- 1Potong 2 dan dan perah jus limau nipis atas penapis.
- 2Tomato belah 4.
- 3Kobis bunga potong kecil-kecil. Saiz ikut suka nak besar mana.
- 4Cendawan trim bahagian akar. Che Nom guna cendawan jenis shimeji.
- 5Untuk pes tom yam Che Nom selalu guna pes cili thai jenama mae pranom.
- 6Lengkuas hiris nipis, serai hiris menyerong.
- 7Bawang holland hiris kasar, daun limau purut carik dan buang tulang tengah.
- 8Daun ketumbar potong ambik akar, akar nanti kita akan guna untuk reneh kuah. Bahagian daun kita potong kasar untuk taburan nanti.
- 9Cili padi buang tangkai dan belah sikit dekat hujung.
- 10Ayam bahagian ketul besar, Che Nom potong kecil. Kalau untuk tomyam ayam, guna ayam bahagian ada tulang lagi sedap la.
- 11Cili kering, potong 2-3 kemudian bakar atas kuali tanpa minyak, nak bakar direct atas api pon boleh. Bila nampak kesan terbakar sikit boleh angkat dan ketepikan.
- 12Masuk air dalam periuk, tuang masuk lengkuas, serai, akar ketumbar dan daun limau purut.
- 13Kemudian didihkan selama 5 minit.
- 14Masukkan potongan ayam, kiub pati ayam, sos ikan dan pes cili thai
- 15Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- 16Bila kuah dah mereneh masukkan bawang holland, cili kering yang dibakar tadi, kobis bunga dan susu cair (atau santan / susu krim penuh).
- 17Masukkan cendawan, tomato dan cili padi.
- 18Sebelum tutup api, renjiskan jus limau nipis dan tabur daun ketumbar untuk tambah wangi.
- •Ada petua untuk senang perah jus limau ni, tekan dan golek -golek dulu sebelum potong 2 dan perah ambil jus.
- •Che Nom suka guna pes cili thai jenama mae pranom sebab lebih pedas kuahnya dan sesuai untuk buat kuah tomyam versi letak susu, kalau nak guna perencah tomyam yang biasa pon boleh cuma kena letak lebih sikit, kalau nak pakai kiub pon boleh tapi kalau kiub kena letak 2-3 ketul baru berasa.
- •Untuk cendawan, mana-mana cendawan yang mild rasa mcm cendawan tiram atau enoki ok nak letak, yang strong macam shitake tu tak sesuai.
- •Kalau untuk 2 orang makan boleh guna 1/2 dari resepi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ayam Kung Pao Special
Hi Semua, untuk kali ini kita masak menu Chinese style pula iaitu Ayam Kung Pao. Ayam Kung Pao versi dalam video ini ta...
Diterbitkan pada 8 April 2021

Ayam Masak Butter
Selamat berpuasa semua, kali ni Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat dimasak untuk berbuka puasa sebab rasanya pe...
Diterbitkan pada 6 April 2023

Sup Ayam Thai
Kali ini Che Nom nak masak makanan yang ringkas, tapi cukup sedap iaitu Sup ayam ala Thai. Beza sup ayam ni dengan sup a...
Diterbitkan pada 19 Jun 2022

Ayam Masak Sos Tiram Thai
Che Nom kongsikan resepi mudah Ayam Masak Sos Tiram ala Thai, sesuai untuk yang buntu nak masak ayam. Gabungan rasa masam, masin, pedas, manis memang membuka selera.
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Ayam Masak Madu Ala Mamak Che Nom
Untuk masakan lauk pauk kali ni, Che Nom nak share satu resepi oleh Puan Ieda Hamzah dari posting group MAHN. Terima kas...
Diterbitkan pada 29 Disember 2021

Ayam Goreng Berlado
Ayam Goreng Berlado, resepi yang mudah je nak sediakan. Rasanya sangat sedap dan memang boleh bertambah2 kalau makan. Ch...
Diterbitkan pada 13 April 2020
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.