
Swedish Meatball Dan Brown Sauce
Di sini Che Nom akan tunjuk cara untuk hasilkan meatball homemade yang sedap dengan beberapa bahan perapan tertentu. Teknik untuk dapatkan bebola kenyal pun ada dikongsi dalam video ni. Kita perlu goreng meatball, hasilnya nanti sedikit rangup di luar dan moist di dalamnya. Ada juga cara utk hasilkan brown sauce yang pekat dan lemak tanpa perlu guna bancuhan brown sauce segera dan rasa pun lagi sedap. Kalau sekarang di IKEA side dish nya mashed potato dan kacang pis, Che Nom pula akan hidang bersama kentang goreng dan brokoli yang dicelur dengan cara yang betul, untuk hasil yg fresh dan menarik rupa sayurnya. Kalau dulu2 mmg side dish nya fries dan brokoli.
Meatball resepi homemade dari segi rasa dan teksture, memang terbaik,dimakan pula dengan brown sauce dan side dish tu,tak perlu lagi beratur Panjang di IKEA, yang kadang-kadang nak dapat meja di restoran pun susah sebab ramai.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 600g daging kisar
- 1 biji bawang holland
- 2 keping roti putih
- 5 sudu besar /75 ml susu full cream
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 ulas bawang putih
- 1/4 sudu kecil rempah mixed spice
- 3/4 sudu kecil garam
- Minyak, untuk menggoreng
- 40g /3 sudu besar mentega
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 ketul kiub pati daging
- 1 cawan susu full cream
- 1/2 cawan krim masakan
- 2 sudu kecil kicap
- 1/2 sudu kecil cuka (**boleh ganti cuka dengan 1 sudu kecil dijon mustard)
- NOTA Penting: Jumlah kesemua susu full cream, air dan krim ialah 2 cawan. Anda boleh sesuaikan ikut bahan sama ada lebihkan susu atau krim.
- Lebih banyak krim, lebih sedap rasa brown sauce
- Sayur brokoli
- Kentang goreng
- Jem lingonberry
- 1Cincang halus bawang holland dan bahagi 2. Potong roti dan rendam dengan susu.
- 2Tumis 1 bahagian bawang holland. Goreng sampai lembut.
- 3Masukkan dalam mangkuk yang besar daging kisar, bawang holland tumis dan bawang holland mentah, roti putih, telur, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, bawang putih parut, rempah mixed spices dan garam.
- 4Gaul anggaran 1-2 minit atau sampai adunan melekit.
- 5Sukat daging dengan sudu dan bentukkan menjadi bebola sama saiz.
- 6Rehatkan
- 7Panaskan minyak (boleh tambah butter sikit) dan goreng meatball sampai habis.
- 1Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan garam.
- 2Potong brokoli dan rebus selama 2-3 minit. Angkat dan masuk dalam air sejuk.
- 1Tapis keluar minyak dari goreng meatball tadi. Keladak yang tinggal akan digunakan balik untuk masak sos perang.
- 2Panaskan semula kuali dan cairkan butter. Masuk tepung gandum dan kacau sehingga masak larut.
- 3Masukkan air dan masak sehingga pekat. Masukkan susu full cream, kiub pati lembu.
- 4Masuk cooking cream, kicap dan cuka (boleh ganti Dijon mustard). Kacau sampai brown sauce pekat mendidih.
- 1Panaskan minyak dan goreng jejari kentang sampai garing. Angkat dan tabur sedikit garam.
- 2Hiding bersama meatball, sos perang, brokoli dan jem lingonberry.
- •Roti berfungsi untuk kekalkan bentuk meatball dan lembabkan isi dalam. Biasanya isi meatball akan letak breadcrumb atau roti putih. Che Nom pilih yang mana senang dapat bahan.
- •Daging kisar kalau terlebih lemak meatball akan mengecut terlalu banyak, kalau tak ada lemak langsung nanti daging akan jadi kering.
- •Untuk bulatkan, uli daging dengan 2 tapak tangan dan tekan biar padat dan bulatkan semula.
- •Garam dalam air celur penting untuk rasa dan kekalkan warna hijau sayur.
- •Air sejuk akan hentikan proses masak dan warna kekal hijau.
- •Tepung gandum dalam sos perang adalah cara untuk buat Roux fungsi untuk pekatkan kuah.
- •Bila nak simpan sos perang, tutup rapat takut lapisan atas keras masa menyejuk.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Black Pepper

Daging Goreng Kunyit
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada
