ResepiCheNom
Spaghetti Goreng Sosej

Resepi Spaghetti Goreng Sosej

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 min

Spaghetti Goreng Sosej menu simple dengan bahan-bahan yang biasa ada di rumah. Sesuai untuk hari yang sibuk. Kalau biasa masak mee atau bihun goreng, sesekali tukar spaghetti pulak.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 3/4 pek spaghetti3/4 pek spaghetti
  • 3 sb mentega3 sb mentega
  • 2 sb minyak masak2 sb minyak masak
  • 4-5 batang sosej4-5 batang sosej
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah besar1/2 biji bawang merah besar
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1/2 batang lobak merah1/2 batang lobak merah
  • 2 sb cili flakes2 sb cili flakes
  • 3 senduk sos tomato3 senduk sos tomato
  • 1 senduk sos cili1 senduk sos cili
  • 1 ketul kiub pati ayam1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sb gula1 sb gula
  • Air rebusan spaghettiAir rebusan spaghetti
  • Sedikit serbuk parsely keringSedikit serbuk parsely kering
  • Daun sup untuk taburan (optional)Daun sup untuk taburan (optional)

Cara Buat Spaghetti Goreng Sosej

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih, bawang merah dan daun sup.
  2. 2
    Potong dadu carrot dan tomato.
  3. 3
    Sosej hiris sederhana tebal, anggaran 9-10 keping untuk 1 sosej.
  4. 4
    Rebus air sampai mendidih.
  5. 5
    Masukkan garam dan rebus spaghetti sampai lembut (rebus mengikut arahan di pek).
  6. 6
    Simpan sedikit air rebusan kemudian angkat spaghetti dan drizzle sedikit minyak untuk elak melekat.
  7. 7
    Panaskan butter dan sedikit minyak masak.
  8. 8
    Goreng sosej sampai garing kemudian angkat dan ketepikan dulu.
  9. 9
    Tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan.
  10. 10
    Masukkan tomato dan carrot. Kacau sampai lembut.
  11. 11
    Masukkan cili flakes, sos tomato, sos cili, serbuk parsley kering, sosej goreng, air rebusan spaghetti, kiub pati ayam dan sedikit gula.
  12. 12
    Masukkan spaghetti rebus dan gaul sekata.
  13. 13
    Akhir sekali tabur hirisan daun sup dan sedia untuk dihidang.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Spaghetti Goreng Sosej menu simple aja sesuai lah untuk di hari yang sibuk atau bila dah tak tau nak masak apa tu, jom lah cuba. Spaghetti ni kita goreng dengan sosej dan juga dengan bahan-bahan yang biasa ada di rumah aja.

Cara rebus spaghetti pun memainkan peranan juga, tak boleh terlalu lembut nanti lembik bila goreng. Hidangan ni yang penting kena cukup rasa masam, manis dan pedasnya tu. Hasil satu kuali ni cukup lah untuk makan 4-5 orang lapar biasa-biasa, kalau lapar luar biasa, kurang lah cukupnya. Kalau biasa masak mee atau bihun goreng, sesekali kita tukar pulak.

Diterbitkan pada 5 September 202436.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru