Sup Tulang Thai

Hai semua, Assalamualaikum. Sempena Hari Raya Aidiladha, atau hari raya korban tahun ni, Che Nom nak share resepi Sup Tulang ala Thai. Sup tulang versi Thai ni, rasa kuah sup nya tu tak terlalu kuat dengan rempah-rempah kering, tapi lebih kepada rasa fresh dari bahan segar yang kita masukkan contohnya daun ketumbar, batang celery, daun limau purut, jus limau dan cili. Rasa pun masam-masam pedas gitu. Memang sesuai sangat dimasak dengan bahagian daging bertulang yang berlemak. Dan rasa sangat sedap, tak cepat muak lah kalau makan. Dan sangat penting kalau isi tulang ni kita rebus sampai betul-betul lembut.

Bahan-bahan:

  • 1.5 kilo tulang lembu
  • 2-2.5 liter air
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk sup:
    • 2 sb minyak masak
    • 1 biji bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 1.5 inci halia
    • 1 sup bunjut
    • Rempah 4 sekawan
    • Daun ketumbar
    • 1 sb sos tiram
    • 1 kiub pati lembu atau ayam (pilihan)
    • 3 sb sos ikan
    • Garam secukup rasa
    • 1 sk serbuk lada putih
    • Batang saderi
    • 1 biji bawang holland
    • 3 helai daun limau purut (pilihan)
    • 3-4 sb jus limau nipis
    • 1 biji tomato
    • 10 tangkai cili padi

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Daun ketumbar, potong ambil bahagian akar. Bahagian daun potong kasar untuk kita tabur dalam sup.
    2. Limau nipis perah ambil jus.
    3. Bawang besar potong sederhana nipis. Che Nom suka guna bawang holland untuk sup, nak guna bawang Bombay pon boleh juaa.
    4. Batang saderi potong kasar. Memang sedap kalau letak batang celery, boleh dikatakan wajib ada dalam sup style thai.
    5. Tomato, belah 4, nak potong kasar pon ok.
    6. Daun limau purut, kalau ada letak, kalau takda skip je.
    7. Cili padi untuk rasa pedas-pedas sikit, Che Nom nak letak dalam sup. Tak payah potong, cabut buang tangkai ja.
    8. Hiris nipis bawang merah kecil, halia dan bawang putih. Kemudian tumbik halus, kalau nak cepat boleh kisar.
  2. Cara-cara untuk rebus tulang:
    1. Rebus daging bahagian tulang dengan 1 batang serai dan 2 ulas bawang putih. Ketul-ketuk dan masuk dalam periuk.
    2. Che Nom rebus 1 jam dengan pressure cooker, kalau nak rebus cara biasa mungkin masa anggaran 2 jam.
    3. Asingkan air rebusan dan tulang.
  3. Cara-cara untuk masak sup:
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai kekuningan dan layu.
    2. Masuk sup bunjut dan rempah 4 sekawan.
    3. Masuk akar ketumbar dan air rebusan tulang.
    4. Perasakan dengan sos tiram sikit dan sambung rebus sampai mendidih.
    5. Masukkan kiub pati lembu, kalau nak guna kiub pati ayam pon boleh.
    6. Masukkan garam, lada putih dan sos ikan.
    7. Masuk batang celery, Che Nom masuk dengan daun-daun dia sekali.
    8. Dan sekarang boleh masukkan semua isi tulang tadi.
    9. Tabur hirisan bawang holand, dan rebus sekejap.
    10. Dah dekat nak tutup api, boleh tabur dengan daun limau purut dan jus limau. Bau dan rasa, sangat lah refreshing.
    11. Last sekali, masuk potongan tomato, taburan daun ketumbar, dan cili padi.
    12. Lepas tu rasa lah, masin masam semua tu cukup ke tak, dan adjust ikut cita rasa anda.
    13. Dah siap pun sup Tulang ala Thai. Boleh lah hidang panas-panas, makan dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan.

Tip:

  • Daun ketumbar ada banyak jenis tapi bagi Che Nom jenis yang paling wangi ialah yang pendek. Panjang lebih sikit dari tapak tangan je.
  • Sisa yang melekat tepi periuk masa kita rebus daging buang je.
  • Tulang yang Che Nom beli ni tak bayang lemak, kaut sikit-sikit je keluar part berminyak tu. Kalau banyak, elok tunggu biar beku dan keluarkan lemak.
  • Minyak masak jangan banyak sangat, nak bagi bahan tumisan naik bau je

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.