ResepiCheNom
Siakap Kengsom Thai
Ikan

Resepi Siakap Kengsom Thai

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 4 orang

Siakap Kengsom Thai ni lauk mudah tapi padu, kuah wangi kunyit dan bawang dengan pedas cili serta masam-manis nenas. Masak sekali kangkung, sedap hirup kuah banjir panas-panas.

Bahan-bahan

Bahan

  • 3-4 biji bawang merah kecil3-4 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup1 ketul kunyit hidup
  • 6-7 tangkai cili padi6-7 tangkai cili padi
  • 1 biji cili merah1 biji cili merah
  • 1 inci belacan1 inci belacan
  • 1 potong nenas1 potong nenas
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 2 batang serai2 batang serai
  • Air untuk kuahAir untuk kuah
  • 1/2 biji nenas1/2 biji nenas
  • 1 ekor ikan siakap1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar sos ikan Thai2 sudu besar sos ikan Thai
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Tambah gula melaka (jika suka)Tambah gula melaka (jika suka)
  • 1 ikat kangkung1 ikat kangkung
  • 2 biji limau nipis2 biji limau nipis

Cara Buat Siakap Kengsom

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan

  1. 1
    Potong menyerong nenas (untuk masukkan dalam kuah), potong dadu nenas (untuk kisar).
  2. 2
    Potong kasar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi (merah) dan cili merah.
  3. 3
    Hiris nipis lengkuas, titik serai, potong limau dan perah jus (boleh ganti jus asam jawa).
  4. 4
    Kangkung buang akar dan batang yang keras. Che nom akan letak setangkai panjang kangkong.
  5. 5
    Ikan siakap potong 4.
  6. 6
    Kisar halus bahan potong kasar, nenas, belacan (boleh ganti perasa), dan air.

Untuk Y

  1. 1
    Masuk bahan kisar halus dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas kemudian reneh sampai agak masak (anggaran 10-15 minit).
  2. 2
    Tambah air untuk lebih berkuah (jangan banyak sangat takut cair) dan masukkan hirisan nenas. Masak sampai kuah mendidih.
  3. 3
    Masukkan ikan (jangan kacau lebih-lebih takut hancur), dan tutup kejap.
  4. 4
    Bila ikan dan masak, masukkan sos ikan dan garam cukup rasa (boleh tambah gula melaka jika suka manis). Rebus sikit lagi.
  5. 5
    Bila semua dah masak, susun kangkong kemudian tutup api
  6. 6
    Akhir sekali masukkan jus limau nipis
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk pilih nenas yang segar, tengok pangkal bawah (tempat cantas) elok atau tak, takut nenas lembik dan cepat busuk.
  • Guna nenas muda untuk masak kengsom, boleh jugak ganti betik muda dan rebung segar.
Video
Pengenalan

Untuk kali ni, Che Nom nak kongsi resepi lauk yg mudah, tapi walau mudah,fuh sedap tak terkata rasa dia Jom masak Siakap kengsom. Menu ni kalau tak silap Che Nom lah, asal dari selatan thai.

Kuah nya wangi sgt dari kunyit dan bawang fresh Rasanya pun kena ada pedas dari cili,dan rasa masam- manis sikit dari nenas yg kita masukkan. Sayur pun dimasak sekali, iaitu kangkong.

Cara masak seakan resepi asam rebus dari utara, tapi ada sikit perbezaan lah . Biasanya kengsom ni di masak guna ikan siakap. Ala, ikan yg pernah viral, yg gempak satu malaysia dulu tu, Che Nom hidang dengan nasi beras wangi Thai, makan pulak kuah banjir panas-panas, sedap tak tau nak cakap.

Diterbitkan pada 12 April 2022169.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru