Resepi Bihun Goreng Tomyam
Bihun Goreng Tomyam ni masam pedas cukup rasa, wangi pes tomyam dan limau purut memang naik selera. Sesekali ubah selera dari bihun biasa, memang wajib cuba.

Bahan-bahan
Cara Buat Bihun Goreng Tomyam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Bihun Goreng Tomyam
- 1Tambah air jika sudah kering.
- 2Potong halus lobak merah secara melintang. Potong sawi dan daun ketumbar lalu asingkan kedua-dua bagi batang dan daunnya. Hiris nipis daun limau purut.
- 3Potong kek ikan dan isi ayam.
- 4Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk kasar dan sebatang serai sehingga kekuningan dan naik bau.
- 5Masukkan hirisan isi ayam, pes tomyam, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sehingga sebati.
- 6Masukkan kek ikan, lobak merah, batang sawi, hirisan daun limau purut dan udang.
- 7Kemudian, masukkan bihun yang telah direndam sedikit demi sedikit agar bihun dapat digaul sekata.
- 8Masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa, batang ketumbar, daun sawi, taugeh dan perahan limau nipis.
- 9Gaul bihun sehingga sekata dan tambah jika ada yang kurang mengikut citarasa.
- 10Bihun goreng tomyam sudah siap dihidang bersama bahan hiasan seperti telur rebus, hirisan cili merah, daun kembar dan juda hirisan limau nipis.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 5 hidangan
- Kalori
- 675 kcal
- Protein
- 23 g
- Karbohidrat
- 83 g
- Lemak
- 25 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 7.5 g
- Natrium:
- 1940 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 400 g bihun kering dianggar 5 pinggan.
- ½ cawan minyak dikira 90% kekal dalam goreng.
- '1 mangkuk hirisan isi ayam' dianggar 200 g; udang 8-10 ekor dianggar 150 g.
- Pes tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan menjadikan natrium tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jika tiada pes tomyam, ia boleh digantikan dengan kiub tomyam.
- Kalau bihun masih keras, tambahkan air sedikit masa menggoreng sehinggalah bihun menjadi lembut.
Video
Pengenalan
Hi Semua, harini Che Nom teringin sangat nk makan bihun goreng tomyam, kadang-kadang kita nak juga rasa sedikit kelainan tetapi rasa masih lagi sedap.
Bihun Goreng Tomyam ni memang sangat sedap, masam pedas cukup rasa, bau aroma dari pes tomyam dan hirisan limau purut memang memikat selera.
Sesekali kita ubah selera dari asyik masak bihun yang biasa aja. Wajib cuba ok.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu







