
Sup Tulang Padu Dan Air Asam
Kali ni menu berasaskan daging iaitu Sup Tulang yang padu, dipadankan dengan air asam yang pedas menyegat, gabungan yang mantap. Che Nom akan tunjuk cara buat sup tulang yang sedikit berempah rasa kuahnya, tak terlalu cair. Dan Che Nom akan tumis dengan sedikit je minyak untuk naikkan rasa rempah tumis.
Sup tulang ni kita kena rebus agak lama sebab nak lembutkan dagingnya tu bila makan nanti dan khasiat tulangnya tu keluar. Memang bagus untuk kesihatan sup tulang ni. Kalau guna daging yang fresh, ada daging korban ke boleh la masak kan.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- Limau nipis
- Daun bawang
- 5 kilo tulang daging
- Anggaran 1 liter air
- Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 2 inci halia
- 4 biji buah keras (pilihan)
- 1 sb serbuk lada hitam
- 1 batang serai (pilihan)
- 2 sb minyak masak
- 1 batang lobak merah
- 1 sup bunjut
- 2 biji kentang
- 2 batang saderi (pilihan)
- Daun sup
- 1 kiub pati lembu / ayam (pilihan)
- Bawang goreng
- 1 sb serbuk ketumbar*
- 1 sb serbuk jintan manis*
- 1/2 sb serbuk jintan putih*
- Bahan (*) boleh ganti dengan 2 sb serbuk rempah sup
- 1 biji tomato
- 1 biji bawang besar
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 inci belacan bakar
- 2 biji cili merah
- 5 tangkai cili padi
- Sedikit perahan limau nipis
- 1 sb sos ikan
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1Cincang kasar bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras. Kemudian kisar halus dengan sedikit air.
- 2Potong kentang dan lobak merah kepada ketulan besar.
- 3Potong kasar batang seleri. Asingkan batang daun bawang dan batang daun sup kemudian potong panjang (anggaran 2 inci). Hiris kasar daun sup dan bawang (untuk taburan).
- 4Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar sampai naik bau.
- 5Masukkan tulang, serbuk ketumbar*, serbuk jintan manis* dan serbuk jintan putih*, serbuk lada hitam, serai, sup bunjut, batang daun sup, batang daun bawang dan air. Rebus selama 1 1/2 jam.
- 6Masukkan batang seleri, lobak merah, kiub pati lembu / ayam dan garam.
- 7Masukkan kentang dan tambah sedikit serbuk lada hitam.
- 8Tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
- 1Potong dadu tomato dan bawang besar. Asingkan 1/2 tomato dan bawang besar tadi untuk kisar dan 1/2 lagi untuk gaul dalam air asam.
- 2Potong kasar cili merah dan potong halus cili padi.
- 3Kisar kasar bahan potong kasar, belacan bakar, air asam, gula dan garam.
- 4Pindah masuk dalam mangkuk, tambah sos ikan, jus limau nipis, tomato, bawang besar dan cili pagi. Gaul dan picit sampai sebati dan mesra.
- •Boleh kaut keluar kalau banyak sangat minyak (dari lemak daging yang cair).
- •Boleh masakkan dalam pressure cooker untuk daging cepat masak.
- •Boleh tambah kerisik dalam air asam jika suka.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat

Daging Masak Hitam Berempah

Daging Black Pepper

Daging Goreng Kunyit
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada
