
Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru
Selamat berpuasa kepada semua umat islam! Dan sempena bulan Ramadhan kali ni, Che Nom nak share satu menu yang wajib ada dan mesti ramai yang tertunggu-tunggu nak makan iaitu Bubur Lambuk Kg Baru.
Resepi ni sangat special sebab ada kenalan Che Nom dari Kg Baru sudi berkongsi resepi warisan turun temurun keluarga beliau. Resepi asal untuk 15 kilo beras, tapi Che Nom dah tukar kepada kuantiti yang sesuai nak masak di rumah.
Bermula dengan proses penyediaan bahan-bahan proses menumis, dan proses memasak beras sehingga menjadi nasi lembut berkanji. Rempah ratus semua nya diadun dengan teliti megikut resepi asal dan cara masak pun kena ikut betul-betul untuk dapatkan hasil bubur lambuk yang peket berempah, sedap berlemak secukup rasa.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 500g beras
- 2 sk biji halba
- 2 helai daun pandan
- 1/2 sb serbuk jintan manis
- 2 sb minyak sapi (ghee)
- 1 biji bawang besar
- 8-10 biji bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 1/4 cwn minyak masak
- 200g daging
- 2 sb pes halia muda
- 40g udang kering
- 4-5 liter air
- Garam secukup rasa
- 1/2 sb serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk perasa (jika suka)
- 200g santan pekat
- 1 ikat daun sup
- 1 ikat daun bawang
- 1 cwn bawang goreng
- ATAU 1 kotak kecil santan segera
- 2 batang kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 1Hiris nipis bawang merah kecil, bawang merah besar dan bawang putih.
- 2Hiris nipis halia dan kisar halus .
- 3Cincang halus daging.
- 4Rendam udang kering anggaran 5 minit dan kisar kasar.
- 5Bila bawang dah naik bau, masukkan daun pandan, serbuk jintan manis dan daging cincang.
- 6Tambah halia kisar dan udang kering.
- 7Masukkan dulu 1 jug air dan beras kemudian masak sampai beras lembut.
- 8Tambah lagi air dan sambung masak sampai beras pecah.
- 9Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
- 10Masukkan santan dan kacau dalam 20 minit dengan api sederhana.
- 11Akhir sekali tabur daun bawang dan bawang goreng.
- 12Panaskan minyak masak dan minyak sapi kemudian tumis bawang, rempah 4 sekawan dan halba.
- •Untuk bubur lebih sedap kalau kita guna halia muda, rasanya tu tak terlalu kuat bila kita tergigit pun lembut je, nyaman je rasa.
- •Daging ni kita kena tumis dan goreng sampai kering airnya tu baru sedap, naik rasa dan aroma daging (browning process).
- •Bubur ni kena masak sampai jadi berkilat, maksudnya santan pecah minyak. Kalau timbul-timbul buih halus putih, maksudnya belum ready lagi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Tolong kirakan bahan untuk 1/2 dari resepi asal
UmumTentu saja! Berikut adalah bahan-bahan yang dikurangkan kepada separuh daripada resipi asal Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru:
Bahan Bubur:
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil (sk) biji halba
- 1 helai daun pandan
- 1/4 sudu besar (sb) serbuk jintan manis
- 1 sudu besar (sb) minyak sapi (ghee)
- 1/2 biji bawang besar
- 4-5 biji bawang merah
- 250g beras
- 1/8 cawan minyak masak
- 100g daging
- 1 sudu besar (sb) pes halia muda
- 20g udang kering
- 2-2.5 liter air
- Garam secukup rasa
- 1/4 sudu besar (sb) serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk perasa (jika suka)
- 100g santan pekat ATAU 1/2 kotak kecil santan segera
- 1/2 ikat daun sup
- 1/2 ikat daun bawang
- 1/2 cawan bawang goreng
Bahan Rempah 4 Sekawan:
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2-3 kuntum cengkih
- 2-3 biji buah pelaga

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....
Resepi Berkaitan

Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Mandi Ayam memadukan keharuman rempah Mandy buatan sendiri dengan ayam yang direbus, diperap, dan dibakar hingga lembut serta berjus. Dihidangkan bersama nasi basmathi wangi, sup ringkas, salad segar, dan sos Harrah pedas, menu ini sempurna untuk acara istimewa atau juadah keluarga, terutama pada bulan Ramadan.
Diterbitkan pada 18 Januari 2025

Set Ayam Gepuk Ala Top Universe
Hidangan kegilaan rakyat Malaysia iaitu set ayam gepuk yang dipadankan dengan sambal gajus yang pedas dan berlemak. Selalu beli dekat kedai je kan, lepas ni boleh try masak sendiri.
Diterbitkan pada 13 Ogos 2024

Punten
Che Nom berkongsi resepi Punten dan Sambal Ijo, makanan tradisi masyarakat Jawa Selangor yang sedang viral. Punten seakan-akan nasi lemak dan nasi impit, dimakan bersama sambal ijo yang pedas dan menyengat.
Diterbitkan pada 27 Februari 2024

Nasi Lemak Bunga Telang
undefined...
Diterbitkan pada 11 Januari 2024

Bubur asyura utara
undefined...
Diterbitkan pada 10 Disember 2023

Pes Nasi Goreng Kampung
undefined...
Diterbitkan pada 12 Ogos 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.