
Apam Pisang Kukus
Resepi kali ni memang terpaling mantap. Kenapa yang mantap sangat tu. Sebab hasilnya sangat lah best, lembut, gebu dan manis berlemak secukup rasa. Ini lah dia apam pisang kukus yang sesuai buat berniaga. Nak buat minum petang atau sarapan memang terbaik.
Bahan-bahan cukup mudah dan yang penting kena ada pisang masak ranum baru sedap. Biasanya kalau buat apam atau kek pisang, jenis pisang sesuai kena yang manis contoh macam pisang berangan atau pisang emas, pisang tanduk tak sesuai lah. Ada tips penting untuk dapatkan apam berurat pisang dan juga hasil apam yang optimum gebunya tu, tonton sampai habis ok.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4-5 biji pisang ATAU 1 cawan pisang lenyek
- 1 biji telur
- 1/2 cwn /100g gula perang
- 1 sk esen vanila
- 1 cwn /125g tepung gandum
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk serbuk penaik
- 1 sk jus limau/lemon
- 1/4 sk garam
- 1/2 cwn /113g minyak jagung
- 1Lenyek pisang dan sedikit garam dengan masher sampai halus.
- 2Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder.
- 3Kacau telur, gula perang dan esen vanila sampai pekat.
- 4Masukkan pisang lenyek dan jus lemon kemudian sambung kacau.
- 5Tambah bahan ayak dan minyak jagung/canola kemudian kacau sebati.
- 6Gris acuan spiral dengan minyak masak.
- 7Potong pisang nipis-nipis untuk hiasan.
- 8Isi adunan apam dalam acuan dan hias dengan hirisan pisang (pilihan).
- 9Kukus selama 10-15 minit.
- •Sapa yang suka manis boleh letak gula 34 cawan tapi kalau ikut resepi ni pon dah cukup manis.
- •Untuk tambah performance bahan penaik kita kena tambah jus lemon atau sebarang asid contoh cuka makan. Asid bila bertindak balas dengan baking soda akan hasilkan gelembung gas carbon dioxide, jadi sebelum bakar, gelembung dah mula terhasil.
- •Gris minyak tu jangan banyak sangat nanti apam jadi berkuah minyak pulak. Pakai berus baru senang nak sapu.
- •Balut tudung pengukus dengan kain untuk elak wap jatuh atas apam.
- •Kalau urat pisang tak berapa nak Nampak lepas kukus mungkin bancuhan terlebih tepung berbanding pisang, kena balancekan jugak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Bingka ubi kayu
Dalam resepi Bingka ubi ni Che Nom ada share tips nak pilih ubi kayu yang fresh dan cara sediakan adunan anti gagal.
Diterbitkan pada 7 Januari 2025

Cucur roti
Cucur roti dengan sos pencicah bawang putih memang layan sangat, nak-nak pulak kalau waktu petang atau time hujan. Kalau ada roti nak expired tu bolehlah cuba.
Diterbitkan pada 28 Julai 2024

Kuih Cara Berlauk
Cara membuat Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi Melayu yang mungkin ramai belum pernah cuba. Inti daging dimasak dengan rempah dan adunan kuih cara disediakan menggunakan blender.
Diterbitkan pada 25 April 2024

Apam Nasi Pandan
Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Cempedak goreng
undefined...
Diterbitkan pada 10 Disember 2023

Agar-Agar Santan Pandan
undefined...
Diterbitkan pada 28 April 2023
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...