
Sambal ketuk
Menu kali ni sangatlah simple tapi merbahaya sebabnya tak sedar asyik menambah nasi je kerjanya nanti jom tengok Che Nom buat sambal ketuk. Che Nom tak pasti sambal ketuk ni asalnya daripada mana dan baru-baru ni teringin nak cuba. Memang benar bagai dikata sedap sangat sambal ketuk ni.
Bahan-bahan tu kita goreng je kesemuanya dan tumbuk haa ketul lah kan sebab tu namanya macam tu. Sapa yang belum cuba Che Nom rekemen 100% lah, jom cuba buat. Jemulah makan ayam ikan hari-hari cuba tukar menu pulak.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 5 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 10-15 tangkai cili padi
- 1 mangkuk ikan bilis
- Limau kasturi
- 1/2 inci belacan bakar
- 1/2 sk garam
- 1 sk gula
- Serbuk perasa
- 1Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
- 2Potong kasar cabai melaka (cili padi).
- 3Basuh ikan bilis dan tos kering.
- 4Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan ikan bilis.
- 5Goreng pulak cili padi dan hirisan bawang. Bila bawang dah garing boleh angkat dan sejukkan.
- 6Bakar sekejap belacan.
- 7Tumbuk bawang dan cili goreng sampai hancur (tapi jangan sampai lumat).
- 8Masukkan belacan bakar, gula, garam dan serbuk perasa. Tumbuk sampai sebati.
- 9Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng (masuk sikit-sikit). Tumbuk sebati dan adjust kalau kurang.
- 10Sambal sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan telur goreng.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kuah Rojak Pekat Padu Premium
Kuah rojak yang pekat, padu dan sedap dimakan dengan aneka buah.
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Kuah Rojak Pekat Padu
Kuah rojak pekat dan padu, sesuai untuk keluarga besar atau berniaga.
Diterbitkan pada 5 Februari 2025

Sambal Ijo
undefined...
Diterbitkan pada 8 Januari 2023

Sambal Penyet Berapi
undefined...
Diterbitkan pada 9 November 2022

Sambal Belacan Padu
undefined...
Diterbitkan pada 3 Oktober 2022

Kuah Kacang Pekat Dan Pedas
undefined...
Diterbitkan pada 8 Julai 2022
Resepi Terbaru

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.
Artikel Terbaru

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...