Resepi Sambal Belacan Padu
Sambal belacan padu, kasar dan pekat, pedas menyengat dengan aroma belacan serta bawang bakar. Buat siap-siap simpan dalam peti sejuk, nak makan ceduk je.

Bahan-bahan
Bahan Sambal Belacan
- 8-10 tangkai cili merah besar
- 20-25 tangkai cili padi merah
- 15 tangkai cili padi hijau
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 3 inci belacan
- 1/2 cawan jus asam jawa
- 1/4 cawan jus limau kasturi
- 4 belah kulit limau kasturi
- Garam secukup rasa
- 2-3 sb gula
- Sedikit serbuk seasoning, pilihan
Cara Buat Sambal Belacan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Sambal Belacan
- 1Cili merah dan cili padi buang tangkai dan potong kasar.
- 2Bawang besar potong 4 bahagian. Bawang putih potong kasar.
- 3Limau kasturi dan limau nipis, belah 2, perah ambil jus dan tapis biji.
- 4Racik halus kulit limau kasturi. Pastikan tiada biji, takut nanti sambal pahit.
- 5Rendam asam jawa dengan air suam, ramas sebati dan keluarkan biji.
- 6Belacan boleh bakar atas api atau kuali. Kalau bakar atas api, cucuk belacan dengan garfu dan bakar sampai nampak sikit kesan terbakar dan naik bau.
- 7Untuk bakar atas kuali, letak belacan serta bawang besar dan bawang putih atas kuali dan masak sampai ada kesan terbakar. Angkat dan sejukkan.
- 8Masukkan dalam blender bawang bakar, belacan bakar, jus asam jawa, jus limau, garam, gula dan serbuk perasa (pilihan). Kisar halus.
- 9Masukkan hirisan kulit limau kasturi, cili merah dan cili padi. Kisar kasar
- 10Masukkan sambal dalam kuali dan masak sampai mendidih.
- 11Masukkan sambal dalam botol dan sejukkan sebelum tutup.
- 12Biarkan dalam suhu bilik dalam 5-6 jam untuk sambal mesra sebati kemudian simpan dalam peti sejuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 bahagian · resepi untuk 20 bahagian
- Kalori
- 25 kcal
- Protein
- 1 g
- Karbohidrat
- 5 g
- Lemak
- 0 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 500 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- 1 bahagian ≈ 1 sudu besar sambal cicah.
- Garam 'secukup rasa' dianggar 2 sudu kecil untuk keseluruhan resepi.
- Belacan 3 inci (~45 g) dan garam adalah punca utama natrium.
- Serbuk seasoning (pilihan) dikira separuh.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom campur cili merah dalam sambal sebab boleh kawal tahap pedas, kalau suka lebih pedas boleh masukkan cili padi semua.
- Potong limau melintang (bukan ikut urat tengah) supaya senang nanti nak keluarkan biji dan perah ambil jus.
- Golek-golek limau sebelum potong untuk mudah perah jus.
- Pastikan tiada biji limau sebelum kisar takut sambal pahit.
- Gaul asam jawa dengan air suam untuk tahan lama.
- Masak sambal sampai mendidih untuk tahan lama.
- Untuk botol kaca, bilas dengan air panas dan keringkan sepenuhnya
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti sejuk. Nak makan ceduk ambil sahaja. Mudah kan. Ada beberapa petua dalam resepi ni untuk dapatkan rasa sambal belacan yang sedap dan juga petua untuk tahan lama bila disimpan.
Texture sambal belacan ni kasar-kasar dan pekat, pedas dan juga wangi sangat dengan belacan dan bawang yang dibakar. Kalau tekak melayu, wajib ada bila makan, terutama sekali kalau nak makan gulai ataupun sup. Kalau tak ada sambal belacan memang tak lengkap lah. Jom cuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









