
Sos Cili Thai
Resepi Sos Cili Thai, sos pencicah yang sangat sedap dan mudah disediakan. Sos ini rasanya manis, pedas dan masam secukup rasa. Sedap dihidangkan sebagai pencicah kepada Ayam Pandan Thai (resepi di SINI), atau juga boleh dihidangkan bersama keropok ikan goreng mahupun sotong goreng tepung.
Kebiasaannya, jika kita ke restoran Thai, sos begini memang digunakan sebagai sos pencicah utama. Untuk lebih pedas atau kurang pedas, anda boleh mengagak sendiri cili padi yang dimasukkan ke dalam sos. Che Nom memang sangat suka kan sos cili Thai berbanding sos cili biasa. Boleh disediakan dan disimpan di dalam peti ais untuk kegunaan akan datang.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 biji cili merah
- 2 biji cili padi merah
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 cawan gula
- 1/4 cawan cuka
- 1 cawan air
- 2 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- 1 sudu kecil garam
- 1Potong kasar cili merah, cili padi merah dan bawang putih.
- 2Masukkan ke dalam blender bersama gula, cuka dan air. Kisar sehingga bahan-bahan hancur tetapi masih kasar. Jangan terlalu halus.
- 3Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak di atas api kecil. Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam.
- 4Masak seketika sehingga sos menjadi pekat.
- •Jika sos terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
- •Jika sos terlalu cair, tambah sedikit bancuhan tepung jagung.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Sambal Penyet Berapi
Kali ni Che Nom nak share resepi yang best sebab mudah dan sangat lah praktikal untuk di simpan sebagai stok yang akan b...

Sambal Belacan Padu
Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti seju...

Kuah Kacang
Resepi Kuah Kacang yang sangat sedap dan agak mudah bagi Che Nom. Kuah kacang yang sedap haruslah mempunyai rasa pedas, ...

Sambal Ijo
Kali ni Che Nom nak masak sambal, bukan sebarang sambal tapi sambal hijau atau sambal ijo ala-ala rumah Padang. Bagi Che...

Kuah Kacang Pekat Dan Pedas
Menu raya kali ni ialah kuah kacang versi baru. Siapa yang plan nak buat kuah kacang tu, jomlah cuba. Memang cukup pekat...

Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai
Kali ini Che Nom nak share resepi Sambal Belacan Ala Kedai Tomyam Thai.Sambal belacan ni diletak bawang tanpa perlu masa...