Rempeyek Kacang

Assalamualaikum, jom tengok Che Nom buat kudap kudapan yang ramai suka makan terutama waktu musim perayaan waktu raya nanti lah kan. Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis.

Dulu-dulu selalu makan je tak tau pun macam mana nak buatnya. Ha sekarang Che Nom gigih belajar dan rupanya tak lah susah sangat cuma agak mencabar nak habiskan goreng aja.

Adunan mestilah dibancuh dengan biji-biji rempah dan juga bahan lain. Che Nom kisar kasar semuanya sebelum dibancuh dengan campuran tepung. Kita guna acuan yang panas dalam minyak, kemudian tuang & juga susun kacang dan ikan bilis, lepas tu goreng sampai rangup. Ada juga versi kacang dal dan kacang hijau. Rempeyek yang sedap mestilah tak terlalu tebal, cukup rasa masin, lemak, dan juga ada topping yang cukup. Baru lah sedap.

Bahan-bahan:

  • 1 sb ketumbar biji
  • 1 sb jintan manis
  • 1 sb jintan putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 25g ikan bilis
  • 1/2 sb serbuk seasoning
  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 1 sk garam
  • 1 cwn air (blender)
  • 1 cwn air (letak sikit-sikit)
  • 1/2 paket / 250g tepung beras
  • 1/3 cwn tepung jagung
  • 1/2 sb air kapur makan
  • Kacang tanah
  • Ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Kisar kasar biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang putih, ikan bilis, serbuk seasoning, telur, santan pekat, garam dan air.
  2. Satukan tepung beras dan tepung jagung kemudian tuang masuk bahan kisar tadi. Kocak sampai sebati.
  3. Bancuh kapur makan dengan sedikit air dan tuang sikit air kapur dalam adunan.
  4. Tambah air sikit-sikit sampai adunan sedikit cair (Che Nom masuk 3/4 cwn).
  5. Panaskan minyak dan acuan sampai panas (api sederhana).
  6. Bila dah panas, tuang adunan rempeyek tadi atas acuan, ratakan bagi nipis kemudian susun kacang dan ikan bilis.
  7. Tuang lebihan adunan sebelum goreng.
  8. Celup acuan dalam minyak sambil goyang-goyang sikit.
  9. Kemudian cepat-cepat terbalikkan sebelah kacang dan ikan bilis.
  10. Bila dah perang sekata, bolehlah angkat dan toskan minyak.
  11. Sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam balang kedap udara.

Tip:

  • Masa bancuh adunan tepung, kita kena pandai agak-agakla air, taknak cair sangat. Kalau pekat pon nanti rempeyek jadi tebal dan keras. Kalau tercair sangat, tambah tepung sikit-sikit.
  • Pastikan minyak banyak sampai tenggelam acuan.
  • Setiap kali nak tuang adunan, kena kacau-kacau sikit sebab kita nak elak tepung tu mendap. Kalau mendap nanti atas jadi cair bawah jadi pekat.
  • Orang meniaga biasanya tak letak santan sebab takut hapak bila lama simpan tapi kalau nak buat makan sendiri takdak masalah lah.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: