
Pulut Kuning dan Kari Ayam Berkerisik
Kali ni Che Nom nak tunjuk cara masak menu yang sangat istimewa dan sangat nostalgia iaitu pulut kuning dan kari ayam berkerisik.
Resepi asal dari bonda Che Nom tersayang. Selalu dapat lihat masa kecil dulu macam mana telitinya cara penyediaan pulut kuning. Pulut perlu direndam semalaman dan dikukus, dan bila pulut masih panas terus digaul dengan santan segar sebelum ditutup rapat. Kita perlu biarkan pulut tu perlahan-lahan mengewap dan menyerap santan.
Aturan masa sangat penting dalam resepi ni. Hasil nya pulut yang lembut, berderai dan berkilat. Sedap sangat kalau makan dengan kari ayam berkuah pekat. Kalau nak makan dengan rendang pon boleh.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 kilo beras pulut
- 2-3 sk serbuk kunyit
- 4 cwn santan
- 1/2 cwn santan (simpanan, jika perlu)
- ** semua perahan santan diambil dari 1 biji kelapa
- Anggaran 3 sk garam halus
- 1 helai daun pandan
- 1 - 1.5 ekor ayam
- 2-3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Rempah 4 sekawan
- 2 tangkai daun kari
- 2-3 sb kerisik
- 2 biji kentang
- 3 sb rempah
- 1 sb serbuk cili
- 1 biji bawang besar (kisar halus)
- 2 ulas bawang putih (kisar halus)
- 2 cawan santan
- ATAU 1 kotak kecil santan
- Garam secukup rasa
- Air asam jawa
- 1Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping anggaran 10-12 jam
- 2Tapis pulut dan toskan sekejap.
- 3Untuk kukus Che Nom guna pengukus klasik setingkat. Lapik loyang dengan talam atau daun pisang (pilihan), kalau tak tutup pon boleh, jangan tutup semua lubang-lubang takut lambat masak.
- 4Pindah masuk semua pulut dalam loyang kukus dan ratakan pulut.
- 5Buat lubang dekat pulut (supaya wap panas naik steam dekat atas).
- 6Kukus pulut selama 30-40 minit.
- 7Bancuh santan (sederhana pekat) dengan garam halus (boleh rasa, biar berasa masin tu sebab pulut kan tawar) dan daun pandan.
- 8Masak kejap atas api sederhana dan kerap kacau (kalau tak masak santan, simpan pulut dalam peti sejuk sebab takut cepat basi).
- 9Bila wap panas dah naik boleh tutup api dan ketepikan santan.
- 10Bila pulut dah masak, tuang masuk pulut dalam bekas besar supaya senang nak gaul.
- 11Masukkan santan sedikit demi sedikit anggaran 1-2 senduk.
- 12Gaul sebati pulut. Che Nom guna 4 cawan santan, lagi ½ cawan simpan dan boleh tambah jika perlu.
- 13Bila dah siap gaul boleh tekan bagi rata dan tutup pulut. Biarkan pulut menyerap santan anggaran 30 minit atau 1 jam.
- 1Hiris nipis bawang merah, bawang putih dan halia.
- 2Potong dadu kentang dan rendam dalam air.
- 3Potong kasar bawang besar dan bawang putih. Kemudian kisar halus dengan sedikit air.
- 4Bancuh rempah kari daging dengan serbuk cili dan bawang kisar tadi. Kacau sebati dan ketepikan.
- 5Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan.
- 6Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai kekuningan.
- 7Masukkan daun kari dan kacau.
- 8Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari dan masak sampai kering dan pecah minyak.
- 9Tambah air dan masak sampai rempah kering (ulang 3 kali).
- 10Masukkan ayam dan masak sampai ayam kecut sikit.
- 11Masukkan santan (kalau guna santan kotak masukkan air dulu).
- 12Lepas kuah dah mendidih, masukkan kentang.
- 13Masuk garam, kerisik dan sedikit air asam jawa.
- 14Bila ayam dah masak dan kuah dah mendidih boleh tutup dan hidang bersama pulut kuning.
- •Che Nom guna Pulut susu Thailand jenama FLORAL (beli dekat Shoppe) atau jenama lain yang tak campur pulutnya.
- •Petua orang dulu rendam asam keping dalam pulut untuk bagi pulut berkilat tapi sejujurnya Che Nom jarang letak asam keping kalau masak sendiri, tetap menjadi dan berkilat yang penting santan yang diguna mesti berlemak. Asam keping bagi Che Nom lebih kepada nak bagi pulut tak melekat.
- •Kalau masa rendam pulut terlupa untuk tambah serbuk kunyit, boleh masukkan serbuk kunyit dalam santan sebelum gaul dengan pulut kukus.
- •Che Nom tak kukus pulut kalu kedua selepas masukkan satan, tapi kalau nak kukus jugak boleh cuma kena hati-hati takut pulut lembik.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Nasi Lemak Lebih Sempurna Dengan Jasmine
Kali ni Che Nom nak share resepi Nasi Lemak Sempurna yang lembut, ringan dan berderai tekstur nya. Rasa pun sedap dan be...

Nasi Lemak Bunga Telang
Che Nom nak kongsi satu menu yang sangat menarik iaitu Nasi Lemak Bunga Telang, yang dihidangkan dengan sambal udang dan...

Nasi Goreng Kerabu Restoran Thai
Untuk resepi kali ini, Che Nom nak sediakan menu goreng-goreng yang ringkas tapi sedap, iaitu Nasi Goreng Kerabu yang pe...

Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap
Nasi Ayam Penyet yang asalnya dari negara jiran iaitu Indonesia, ada pelbagai versi untuk sediakan hidangan ni, dan Che ...

Nasi Hujan Panas
Jom kita masak menu special kali ni, iaitu nasi hujan panas dan juga acar timun. Che Nom padankan juga dengan ayam masak...

Nasi Briyani Ayam
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ni, Che Nom nak share resepi special iaitu nasi briyani Ayam. Che Nom akan m...