Resepi Wajik Pulut Kacau
Wajik Pulut Kacau ni kuih tradisi manis berlemak, pulut lembut melekat elok dengan gula. Ikut cara Che Nom, hasilnya cantik berkilat dan tak jadi keras.

Bahan-bahan
Bahan
- 500g beras pulut
- 3 cwn santan
- 1 sk garam
- 2 helai daun pandan
- 1 cwn / 200g gula merah
- 1 cwn / 200g gula melaka
- 1/2 cwn / 100g gula putih
Cara Buat Wajik Pulut
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 20 hidangan
- Kalori
- 255 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 45 g
- Lemak
- 7.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 24 g
- Natrium:
- 100 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 500 g pulut dianggar 20 potong wajik.
- 3 cawan santan pekat dikira 720 ml pada ~200 kcal/100 ml.
- Tiga jenis gula (500 g kesemuanya) menyumbang hampir separuh kalori.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 500g beras pulut bersamaan berapa cawan?
- ± 2 ½ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
- 3 cwn santan bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 720g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Boleh rendam kurang dari 3 jam atau rendam semalaman minimum 9 jam. *Kalau rendam kurang dari 3 jam tambah 1 cawan santan sebelum kukus. Kalau rendam semalaman boleh terus kukus tanpa santan.
- Untuk masak air gula, gunakan api perlahan takut hangus gula dan pecah santan.
- Untuk nak test gula dah cukup pekat, celup sudip dan lorek sudip (yang melekat air gula) dengan sudu. Kalau gula melekat tebat maknannya gula dah cukup pekat.
- Boleh alas wajik dengan daun pisang untuk lebih wangi.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi wajik, nama lain wajik ni ialah pulut kacau, yang tu sebelah utara. Sebelah pantai timur panggil nasi manis atau pulut manis, negara jiran Indonesia panggil wajik ketan, betul kan? Sapa yang suka makan pulut kacau ni kita geng.
Wajik dah dianggap sebagai kuih tradisional bagi penduduk nusantara dan selalu dihidang waktu kenduri kawin dulu-dulu. Che Nom ingat lagi orang kampung akan hidang atas talam berlapikkan daun pisang.
Texture wajik yang perfect bagi Che Nom rasanya mestilah manis berlemak, pulut tu lembut melekat dengan gula tapi masih ada rasa keras rasa crunchy sikit tapi tak boleh terlalu keras ataupun terlalu lembut. Dalam dua minggu ni Che Nom asyik test je cara nak buat wajik. Jadi jom tengok cara Che Nom sediakan wajik dalam resepi kali ni yang pasti menjadi Insyallah.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









