
Puding roti
Jom kita tengok resepi dessert pulak kali ni, dessert klasik kegemaran ramai terutamanya pada bulan puasa iaitu agar-agar roti. Kalau ada roti lebih dekat rumah boleh la cuba buatnya. Bahan-bahan pon senang nak cari. Kalau buat hidangan untuk berbuka puasa memang sangatlah sedap sebab rasanya yang berlemak manis, makan pulak sejuk-sejuk. Dan boleh buat awal daripada malam. Bukan saja mudah dan sedap rupa pon menarik. Wajib cuba okey.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 5 keping roti putih / sandwich
- 4 cwn / 950ml air
- 1 pek / 10g serbuk agar-agar
- 1 biji telur
- 1 cwn / 237ml susu cair
- 1/2 cwn / 120ml susu pekat
- 1/2 cwn / 100g gula
- 1/4 sk garam
- 1 sk esen vanila
- Pewarna makanan
- 1Lorek pudding untuk effect marble.
- 2Balut bekas dengan plastic wrap.
- 3Koyak kasar roti dan masukkan dalam blender. Masukkan jugak air (3 cawan air), serbuk agar-agar dan telur. Kisar semua bahan sampai halus.
- 4Masukkan dalam periuk susu pekat, gula, garam, bahan kisar halus, 1 cawan air (kocak blender, kasi bersih bahan kisar tadi) dan susu cair (boleh ganti susu full cream kalau suka).
- 5Bukak api sederhana dan kacau perlahan. Masak sampai agar-agar larut, pekat dan tak berketul.
- 6Che Nom masukkan esen vanila (pilihan). Kalau sensitif dengan bau telur boleh letak sikit esen vanila untuk hilangkan bau hanyir telur.
- 7Bila adunan dah pekat (adunan melekat pada spatula) dan naik buih sikit, terus tutup api.
- 8Tapis adunan untuk pastikan tak ada ketulan.
- 9Untuk warnakan pudding, Che nom letak 2 saja warna 1 lagi warna asli adunan atau putih. Berapa jenis warna tu ikut pilihan anda.
- 10Bahagi adunan kepada 3 bekas sama banyak.
- 11Masukkan pewarna pilihan anda dalam adunan yang telah dibahagi tadi. Che Nom guna warna merah dan warna biru. Kacau adunan sampai sebati.
- 12Tuang masuk adunan dalam bekas secara berselang seli. Satu warna Che Nom tuang 2 kali. Hasilnya akan dapat 6 lapisan berwarna.
- 13Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam atau semalaman.
- •Jangan tinggal masa masak pudding. Kerap kacau dan masak perlahan.
- •Sebelum tuang masuk adunan dalam bekas, basahkan dasar bekas dengan air untuk elak melekat.
- •Untuk effect marble, boleh lorek guna pemegang sudu atau batang sudu untuk lebih cantik, jangan guna batang lidi sebab kecik sangat nanti tak berapa menjadi corak marble.
- •Selepas sejukkan, boleh lap sikit permukaan pudding yang berair dengan tisu.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Puding Jagung Sedap
Resepi Puding Jagung, yang manis dan lemak berkrim. Sesuai dihidangkan sebagai kuih atau pencuci mulut. Cara nak menyedi...

Puding Roti Jagung
Che Nom nak kongsikan satu dessert yang mudah tapi sedap sangat, peminat-peminat puding kena cuba iaitu Puding Roti Jagu...

Bubur Jagung
Resepi Bubur Jagung, paling sedap buat hidangan minum petang. Resepi yang mudah, tetapi sungguh membuka selera. Kalau ad...

Agar-Agar Santan Pandan
Resepi agar-agar santan pandan yang sungguh sedap dan menyegarkan jika dimakan sejuk. Agar-agar ni memang biasa kita mak...

Puding Karamel
Siapa suka makan pudding caramel? Kali ni Che Nom nak share resepi puding caramel kegemaran Che Nom. Bahan-bahannya tak ...

Puding Kastard Berkuah Koktel
Untuk kali ini, kita tengok pula macam mana cara nak buat dessert yang menarik rupanya dan mudah aja nak sediakan aitu P...