Resepi Puding Roti Jagung
Puding Roti Jagung ni dessert mudah tapi sedap, gabungan roti dan jagung yang lemak manis serta lembut. Resepi kak Ani dari Pontian ni confirm jadi, sesuai untuk minum petang.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Pudding Roti Jagung
- 3 keping roti putih
- ½ tin /195ml susu cair
- 1 biji telur
- 1 ½ sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ tin jagung manis
- ¾ cawan /150g gula
- 700ml air
- 1 pek / 10g serbuk agar-agar
- pewarna kuning
- pewarna hijau
- majerin untuk gris acuan
Cara Buat Puding Roti Jagung
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Puding Roti Jagung
- 1Gris atau sapu nipis marjerin didalam bekas acuan pudding.
- 2Buang kerak tepi roti. Kemudian, potongkan roti kepada kiub kecil.
- 3Kisar halus potongan roti, susu cair, sebiji telur, tepung kastard, esen vanilla, jagung manis dan gula. Kisar bahan sehingga betul-betul halus.
- 4Masakkan air dan serbuk agar-agar. Kerapkan menggacau supaya adunan tidak berketul.
- 5Bila agar-agar sudah larut, masukkan bahan kisar dan masakkan dengan api yang perlahan. Gaul sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.
- 6Bahagikan kepada tiga adunan untuk diletakkan pewarna. Adunan dijadikan warna oren, kuning dan hijau.
- 7Masukkan adunan yang pertama iaitu yang berwarna oren sebagai lapisan bawah lalu ratakan adunan tersebut didalam bekas pudding.
- 8Kemudian, masukkan kedalam peti sejuk sehingga agar-agar oren sejuk dan keras.
- 9Masukkan pula lapisan kedua yang berwarna kuning dan ulang, sejukkan kedalam peti sejuk.
- 10Selepas sejuk dan keras lapisan yang kedua, masukkan pula lapisan yang terakhir dan ratakan adunan.
- 11Masukkan pudding kedalam peti sejuk dan sejukkan dalam masa anggaran 3 jam.
- 12Selepas sudah keras, pudding roti jagung sudah siap untuk dihidang dan dijamu selera,
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 8 orang
- Kalori
- 175 kcal
- Protein
- 3.5 g
- Karbohidrat
- 32 g
- Lemak
- 3.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 21.5 g
- Natrium:
- 70 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; jumlah adunan lebih 1.1 liter, dianggar 8 hidangan.
- Gula 150 g menyumbang lebih separuh kalori.
- ½ tin jagung manis dikira ~180 g ditos.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 sudu kecil esen vanila bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 5g (cawan US 240ml).
- ¾ cawan /150g gula bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Selepas adunan kelihatan sudah mendidih, segerakan tutup api bagi mengelakkan ia hangit.
- Pudding boleh ditambah pewarna selain pewarna kuning dan hijau mengikut kesukaan agar ia kelihatan lebih menarik lagi.
- Jika adunan sedikit keras, boleh dipanaskan semula supaya cair sebelum diletakkan didalam bekas pudding. Boleh tambah sedikit air jika adunan menjadi terlalu pekat semasa dipanaskan.
Video
Pengenalan
Che Nom nak kongsikan satu dessert yang mudah tapi sedap sangat, peminat-peminat puding kena cuba iaitu Puding Roti Jagung.
Resepi ni Che Nom dapat dari sahabat baik dari Instagram Che Nom yang dah lama dari dulu, sebelum Che Nom buat Youtube lagi iaitu kak Ani dari Pontian, Johor.
Kak Ani ni tauke ladang nenas dan memang pandai sangat buat pudding, jadi resepi Kak Ani mestilah confirm menjadi dan sedap. Terima Kasih Kak Ani untuk resepi puding yang sedap ni.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









