
Puding Roti & Kuah Kastard
Kali ni jom Che Nom sediakan pudding roti dan sos custard. Walaupun guna bahan biasa-biasa je tapi hasil sedap dan berbaloi. Dalam video ni Che Nom share dari penyediaan roti dan adunan pudding. Hasilnya pudding roti yang rangup, lembut teksturnya, cukup lemak manis dan bau sangat menyelerakan dengan satu bahan penting.
Dan kemudian kita tengok pula cara untuk buat sos custard yang bagi Che Nom perfect dari segi rasa dan tekstur untuk dimakan dengan pudding roti. Che Nom guna loyang 9x7x3 inci, boleh juga guna loyang 8x8 inci
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 8 keping roti
- 4 sb mentega
- ¼ cawan kismis
- 2 cawan susu full cream
- ½ cawan gula
- 1 sk esen vanila
- ¼ sk serbuk kulit kayu manis
- Secubit garam
- 3 biji telur
- Gula perang secukupnya
- 1 tin susu cair
- 2 sb tepung kastard
- 1 cawan air
- 4 sb gula
- Secubit garam
- 1Potong roti 8 bahagian.
- 2Sapu atau gris mentega/majerin pada dulang pembakar.
- 3Susun potongan roti didalam dulang pembakar.
- 4Dalam bekas lain, masukkan susu full cream bersama gula, esen vanilla, serbuk kulit kayu manis, secubit garam dan telur. Kacau sebati semua bahan.
- 5Panaskan mentega sehingga cair, lalu tuang mentega diatas roti.
- 6Taburkan kismis dan tuang adunan susu kedalam roti. Tekan roti supaya tenggelam dan menyerap adunan.
- 7Rehatkan lebih kurang 5-10 minit.
- 8Tabur gula perang secukupnya atas adunan roti, lalu bakar dengan suhu 170˚C selama 25-30 minit sehingga puding roti masak dan permukaan roti menjadi perang.
- 1Masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan secubit garam. Kacau bahan sehingga larut sepenuhnya.
- 2Setelah larut, masukkan air dan panaskan adunan sos kastard. Masak sehingga sos kastard masak dan pekat sekata.
- 1Sesudah siap dibakar, sapu dengan mentega cair pada permukaan roti yang masih suam-suam panas.
- 2Potong puding roti dan hidangkan bersama sos kastard.
- •Selain hiasan taburan kismis pada puding roti, boleh juga tambahkan coklat cip ataupun kekacang seperti badam dan hazelnut.
- •Bagi memastikan sos kastard sudah masak dan pekat adalah dengan lorek menggunakan hujung jari pada permukaan senduk. Sos yang sudah pekat akan tinggal bekas lorekkan pada permukaan senduk berbanding dengan sos kastard yang masih cair.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...
Resepi Berkaitan

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.
Diterbitkan pada 4 Oktober 2025

Bubur Durian & Pulut Kukus Paling Padu
Bubur durian pekat lemak manis dihidangkan bersama pulut kukus yang lembut dan wangi, pencuci mulut yang sangat istimewa!
Diterbitkan pada 29 Ogos 2025

Bubur Pulut Hitam Pekat Likat & Wangi Gula Melaka
Resepi bubur pulut hitam tradisional yang pekat, manis, dan dihidang bersama kuah santan lemak masin yang berkrim.
Diterbitkan pada 29 Ogos 2025

Kunafa Cheese Premium
Kunafa Cheese rangup di luar, melimpah keju di dalam!
Diterbitkan pada 8 Mac 2025

Churros
Churros rangup dengan cinnamon sugar, lengkap dengan coklat dan butterscotch dipping sauce. Video ini menunjukkan cara lengkap menyediakan doh churros, coklat dipping sauce dan butterscotch dipping sauce, serta tips menggoreng churros supaya rangup di luar dan lembut di dalam.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Puding roti
undefined...
Diterbitkan pada 25 Mac 2023
Resepi Terbaru

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.