ResepiCheNom
Pucuk Ubi Goreng

Resepi Pucuk Ubi Goreng

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 min

Pucuk ubi kali ni kita goreng sampai rangup macam seaweed flakes, lepas tu gaul dengan bilis, bawang putih goreng dan sambal garing pedas manis.

Bahan-bahan

Bahan Pucuk Ubi Goreng

  • 1 ikat daun pucuk ubi1 ikat daun pucuk ubi
  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 6-8 ulas bawang putih6-8 ulas bawang putih
  • 2 cawan/ 200g ikan bilis2 cawan/ 200g ikan bilis
  • 1 sb tepung beras1 sb tepung beras
  • 1 keping asam gelugor1 keping asam gelugor
  • 15 tangkai cili kering15 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan1 inci belacan
  • GaramGaram
  • GulaGula
  • Serbuk perasaSerbuk perasa

Cara Buat Pucuk Ubi Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Pucuk Ubi Goreng

  1. 1
    Hiris bawang besar dan bawang putih.
  2. 2
    Cili kering, rebus, tapis buang biji dan kisar halus.
  3. 3
    Ikan bilis basuh dan toskan air kemudian gaul dengan tepung beras.
  4. 4
    Pucuk ubi petik ambil daun saja. Kemudian basuh dan toskan air.
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng pucuk ubi. Angkat dan ketepikan.
  6. 6
    Goreng pulak hirisan bawang putih. Angkat dan toskan minyak.
  7. 7
    Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
  8. 8
    Tumis bawang besar sampai perang dan sedikit garing.
  9. 9
    Masukakn cili kisar dan masak sampai cili garing.
  10. 10
    Masukkan belacan dan kacau sebati.
  11. 11
    Masukkan gula, asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam. Kacau sebati.
  12. 12
    Tutup api kemudian masukkan ikan bilis goreng, bawang putih dan pucuk ubi. Gaul sekata.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Toskan kering ikan bilis, kalau basah bila masak nanti ikan bilis lambat garing dan liat.
  • Goreng pucuk ubi sampai bertukar warna lutsinar. Jangan terlebih masak takut nanti pucuk ubi terlalu rapuh dan pecah berderai.
  • Masa goreng bawang putih, api jangan besar sangat takut nanti bawang cepat hangit dan pahit.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Untuk ikan bilis yang garing, goreng dengan api sederhana besar dan kerap kacau.
  • Gaul pucuk ubi dengan kesemua bahan tumisan dengan cara kaup naik atas (gunakan 2 senduk) dan jatuhkan. Dengan cara ini bahan tak terlebih hancur dan lebih cepat sejuk.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share satu resepi yang agak unik, iaitu pucuk ubi goreng. Resepi asal diambil dari Dato Rizalman, viral tahun lepas rasanya ni, Che Nom aja yang lambat cuba.

Pucuk ubi biasanya kita buat masak lemak kan. Tapi resepi ini, kita goreng sampai garing dan gaul dengan bahan-bahan gorengan ragup yang lain seperti ikan bilis. Che Nom tambah bawang putih goreng untuk khasiat nya, dan semua bahan digaul pula dengan sambal garing yang pedas-pedas manis.

Pucuk ubi goreng tu texture dah mcm seaweed flakes pun ada sebab sangat lah rangup, cuma berbeza sikit dari segi rasa. Kalau takda seaweed flakes, hah goreng je pucuk ubi ganti. Hidangan ni sedap sangat kalau makan dengan nasi panas.

Diterbitkan pada 20 Oktober 202219K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru