
Terung Goreng Berlada
Resepi Terung Goreng Berlada yang paling mudah dan sangat sedap. Buat para penggemar terung, hidangan begini pasti membuka selera makan anda.
Untuk resepi ini Che Nom gunakan cili merah dan juga cili padi yang segar kerana warna sambal akan jadi cantik dan rasanya sangat sedap dengan terung. Tapi jika tiada cili padi merah, cili padi yang hijau pun boleh juga. Cuma warnanya akan jadi kurang menarik.
Sebagai ganti kepada ikan bilis, anda boleh gunakan udang kering atau belacan. Selamat mencuba.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
- 2 mangkuk minyak masak
- 8-10 biji cili merah segar
- 7-8 biji cili melaka, yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
- 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
- 2Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
- 3Angkat terung dan ketepikan.
- 4Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
- 5Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
- 6Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang
- •Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
- •Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






