
Resepi Kailan Ikan Masin
Kailan goreng ikan masin yang rangup dan segar macam makan kat restoran, rahsianya rendam kailan dalam air sejuk dulu. Bahan ringkas, cepat siap, memang padu!
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 ikat sayur kailan
- 3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
- 4 biji cili padi, ketuk
- 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar minyak
- garam dan gula, secukup rasa
Cara Buat Kailan Ikan Masin
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
- 2Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
- 3Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
- 4Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
- 5Angkat dan hidang.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Entri kali ini Che Nom nak kongsikan resepi Kailan Ikan Masin. Dulu kami sekeluarga selalu makan sayur kat sebuah restoran di Kg Baru, KL tapi malang sekali restoran tu dah ditutup perniagaannya. Apa yang special tentang Kailan Goreng Ikan Masin di situ ialah kerangupan sayur kailan nya.
Bila mencuba masak berkali-kali, Che Nom dapati untuk mendapatkan rasa kerangupan dan kesegaran yang hampir sama sayur harus direndam di dalam air atau kalau boleh air sejuk sehingga daun menjadi segar dan rangup kemudian barulah digoreng. Cara masak juga tidaklah susah, bahan pun ringkas sahaja.
Ikan masin pula boleh digunakan isi ikan tenggiri atau kurau masin. Jom cuba :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









