
Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Sayur pucuk paku masak lemak cili api sememangnya hidangan kegemaran keluarga Che Nom dan tak pernah jemu dimakan. Kalau nak beli sayur pucuk paku, pastikan daunnya masih segar dan tidak layu. Jika daunnya sudah bertukar warna gelap di hujung, maknanya daun sudah lama dipetik dan tidak segar lagi.
Masak lemak cili api ni seperti yang ramai sedia maklum berasal dari Negeri Sembilan. Lagi sedap kalau kita gunakan jenis cili kampung dan kunyit segar. Rasanya dan aromanya pasti memikat selera. Jom masak :)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 ikat sayur pucuk paku
- 1 mangkuk besar santan pekat
- 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
- 4 ulas bawang merah
- 5 biji cili padi
- 1 ketul kecil kunyit hidup
- garam secukup rasa
- 1Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
- 2Kisar halus bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.
- 3Basuh ikan bilis dan tumbuk kasar.
- 4Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
- 5Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.
- •Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan
Kerabu Pucuk Paku
undefined...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.
Diterbitkan pada 14 Mac 2025

Tauhu Telur Masak Sayur Campur
undefined...
Diterbitkan pada 7 Februari 2023

Pucuk Ubi Goreng
undefined...
Diterbitkan pada 20 Oktober 2022

Acar Rampai
undefined...
Diterbitkan pada 26 September 2022

Burger Ramly Special Double
Burger Ramly Special, menu ikonik Malaysia yang dimasak dengan gaya tersendiri sejak era 80-an, diinspirasikan oleh pengalaman unik seorang warga asing menikmati burger tempatan, khusus untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-65
Diterbitkan pada 9 September 2022
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.