
Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan
Masakan istimewa untuk kali ini ialah, ayam masak lomak cili api , versi yang baru. Resepi ni Che Nom dapat dari orang Negeri Sembilan, yang baik hati menulis resepi dan ajar cara nya kepada Che Nom. Masa mencuba buat kali pertama, rasa sedap sangat. Sejak itu memang Che Nom selalu masak sebab dah jadi makanan favourite orang kat rumah.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 10-20 tangkai cili padi
- 2-3 inci kunyit hidup (**Atau sudu besar serbuk kunyit)
- Sedikit air
- 5kg /1 ekor ayam
- 2 batang serai
- 2 biji kentang
- Santan pekat (dari 1 biji kelapa)
- **atau 2 kotak kecil santan segera
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun kunyit
- 2 keping asam gelugor
- Serbuk perasa (jika suka)
- 1Cili padi buang tangkai, kentang kupas kulit dan potong 4-6 bahagian, kunyit kikis kulit dan cincang kasar. Serai trim hujung dan titik biar pecah sikit. Daun kunyit (pilihan)koyak kasar (kuah) dan hiris halus 2-3 keping (taburan).
- 2Kisar agak halus cili padi, kunyit dan sedikit air.
- 3Grill ayam atas kuali sampai keluar minyak ayam. Masuk bahan kisar halus, serai dan sedikit santan cair. Tutup dan masak sekejap.
- 4Masuk kentang dan reneh sampai ayam masak.
- 5Masuk santan pekat, garam, daun kunyit dan asam gelugor.
- 6Reneh atas api perlahan. Kacau sedikit untuk elak kuah berketul.
- 7Bila dah mendidih boleh tutup api dan hidang dengan hirisan daun kunyit.
- •Kalau nak lagi pedas boleh ganti cili kampung @ cili burung.
- •Jangan titik serai terlalu hancur takut pecah beserat dalam kuah.
- •Tak perlu letak minyak untuk grill ayam.
- •Tambah serbuk kunyit untuk warna (jika perlu).
- •Garam dapat elakkan santan mudah pecah minyak.
- •Kalua pekat sangat, boleh tambah santan pekat, kalau guna santan kotak tambah air putih saja.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Masak Lemak Cili Padi adalah hindangan yang terkenal dari Negeri Sembilan d...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Sayur pucuk paku masak lemak cili api sememangnya hidangan kegemaran keluarga Che Nom dan tak pernah jemu dimakan. Kalau...
Diterbitkan pada 10 September 2015

Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api cara Negeri Sembilan yang sangatlah sedap. Che Nom sangat beruntung kerana ada orang ya...
Diterbitkan pada 19 Mac 2018
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.