Resepi PIZZA Homemade

Pizza Homemade
  • Masa Penyediaan: 20 minit,
  • Masa Memasak:35 minit,
  • Jumlah Hidangan:4-5 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Hai semua, kali ni Che Nom nak sediakan the best homemade pizza yang pernah anda rasa dan lebih sedap dari pizza restoran commercial. Rotinya garing di bawah dan lembut di dalam, cheese yang panas bertali dan hampir cair di dalam mulut..pilihan topping yang fresh seperti black olive, capsicum, cendawan butang dan bau sos tomato yang harum..semua ni boleh disediakan fresh dari oven anda.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk doh pizza:
    • 500g / 4 cawan tepung Italian 00 ATAU
    • 445g / 3 1/2 cawan tepung roti
    • 1 sudu kecil garam halus
    • 375ml / 1 1/2 cawan air suam
    • 2 sudu kecil serbuk yis
    • 1 sudu kecil gula
    • 2 1/2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
    • sedikit tepung semolina
  • Bahan untuk topping (beef mushroom pizza) :
    • sos pasta tomato
    • sedikit minyak zaitun extra virgin olive
    • daging kisar (dimasak)
    • capsicum
    • serbuk cheese pasmesan
    • cendawan butang
    • bawang
    • parutan cheese mozzarella
    • black olive
    • Topping daging kisar yg dimasak:
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 mangkuk kecil daging kisar
    • serbuk black pepper
    • sedikit Italian herbs
    • sedikit garam
  • Bahan untuk topping (beef pepperoni pizza) :
    • sos pasta tomato
    • sedikit minyak zaitun extra virgin
    • serbuk cheese parmesan
    • parutan cheese mozzarella
    • hirisan beef pepperoni
    • tabur dengan daun basil , optional

Cara Penyediaan:

  1. Masukkkan tepung italian '00' atau tepung roti kedalam mangkuk adunan.
  2. Masukkkan garam halus dan kacau sebati mengunakan whisk.
  3. Dalam bekas yang berasingan, masukan air suam, serbuk yis segera dan gula.
  4. Kacau dan biarkan sebentar sehingga muncul buih di permukaan.
  5. Tuang bancuhan yis kedalam adunan tadi.
  6. Tambah sedikit minyak zaitun extra virgin (extra virgin olive oil).
  7. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  8. Taburkan sedikit tepung dan keluarkan doh.
  9. Uli sehingga 10 minit atau sehingga elastik dan lincin.
  10. Griskan mangkuk dengan minyak zaitun, letakkan doh dan sapu permukaan doh dengan minyak zaitun
  11. Tutup dengan plastik cling wrap.
  12. Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda atau 5 jam.
  13. Boleh perap semalaman untuk doh yang lebih sedap.
  14. Bila doh dah kembang, keluarkan dan uli sekali lagi sehingga lincin.
  15. Bahagikan kepada dua bahagian.
  16. Mula panaskan oven kepada suhu paling maximum oven anda.
  17. Masukkan tray kosong yang diterbalikkan (untuk dapatkan permukaan yang rata dan senang nak pindahkan pizza nant).
  18. Tabur sedikit tepung semolina dan tepung roti.
  19. Ambil doh dan leperkan kepada bentuk bulat.
  20. Cara-cara untuk toping beef mushroom:
    1. Panaskan minyak zaitun.
    2. Tumis bawang putih cincang.
    3. Masukkan daging kisar, black pepper, italian herbs dan sedikit garam.
    4. Masak sehingga daging kering.
    5. Potong kecil capsicum hijau.
    6. Hiris nipis cendawan butang dan bawang besar.
    7. Hiris nipis black olive.
    8. Sediakan sos pasta tomato @ whole peeled tomatoes(kisar halus sebelum guna).
    9. Sapu sos pasta tomato atas permukkan doh dengan sekata.
    10. Tuang sedikit minyak zaitun extra virgin oil.
    11. Tabur sedikit daging kisar yg telah dimasak tadi.
    12. Kemudian taburkan kesemua bahan-bahan yang dihiris nipis.
    13. Taburkan serbuk cheese Parmesan dan parutan cheese mozzarella.
  21. Cara-cara untuk topping beef pepperoni:
    1. Sapu sos pasta tomato dengan sekata.
    2. Tuang sedikit minyak zaitun extra virgin.
    3. Tabur sedikit serbuk cheese Parmesan dan cheese mozzarella.
    4. Susun hirisan beef pepperoni.
    5. Tabur sekali lagi cheese Parmesan.
    6. Bakar pizza sehingga kedua-dua permukkan atas dan bawah masak keperangan dan bahagian bawah bertukar kepada lapisan yang ranggup.
    7. Bila dah masak, keluarkan dan potong dengan pizza roller atau pisau.

Tips:

  • Tekstur kasar tepung semolina akan membantu berikan kerak pizza yang lebih rangup.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: