ResepiCheNom
Makaroni goreng pedas tak kembang dengan daging cincang dan kuah berkilat

Resepi Makaroni Goreng Pedas Tak Kembang, Tak Berminyak

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 4 orang

Makaroni goreng pedas merah gelap dengan kuah berkilat dan daging cincang. Tip elak makaroni kembang serta cara buang lemak daging.

Bahan-bahan

  • 300g makaroni – rebus al dente300g makaroni – rebus al dente
  • 200g daging cincang200g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar – hiris1/2 biji bawang besar – hiris
  • 3 ulas bawang putih – cincang3 ulas bawang putih – cincang
  • 6-8 tangkai cili kering – rebus lembut (kisar)6-8 tangkai cili kering – rebus lembut (kisar)
  • 2 biji cili merah besar (kisar)2 biji cili merah besar (kisar)
  • ½ cawan lobak merah dadu½ cawan lobak merah dadu
  • ½ cawan capsicum dadu½ cawan capsicum dadu
  • 2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis1 sudu kecil kicap manis
  • ½ sudu besar serbuk seasoning½ sudu besar serbuk seasoning
  • ½–1 cawan air rebusan makaroni½–1 cawan air rebusan makaroni
  • 2–3 sudu besar susu UHT / susu cair (optional)2–3 sudu besar susu UHT / susu cair (optional)
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Sedikit serbuk lada hitam secukupnyaSedikit serbuk lada hitam secukupnya
  • Minyak untuk menumisMinyak untuk menumis
  • Daun bawang / daun sup (optional)Daun bawang / daun sup (optional)
  • Hirisan cili merahHirisan cili merah

Cara Buat Makaroni Goreng Pedas

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak
  1. 1
    Panaskan kuali, masak daging cincang sampai kering air dan lemak keluar. Keluarkan lemak cair dan ketepikan.
  2. 2
    Panaskan minyak, tumis bawang besar sampai lembut, kemudian masukkan bawang putih.
  3. 3
    Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
  4. 4
    Masukkan lobak merah dan capsicum, kacau hingga layu.
  5. 5
    Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, dan kicap manis.
  6. 6
    Masukkan daging cincang goreng dan air rebusan pasta, kacau rata.
  7. 7
    Masukkan makaroni rebus, gaul hingga bersalut elok.
  8. 8
    Tambah susu UHT atau susu cair jika suka, perlahankan api.
  9. 9
    Season dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.

Cara Hidang

  1. 1
    Tabur daun sup atau daun bawang, dan letak hirisan cili merah.
  2. 2
    Untuk efek wok hei, besarkan api sekejap di hujung dan kacau laju.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Rebus makaroni al dente, kurangkan 30% masa dari arahan paket, dan simpan 1 cawan air rebusan.
  • Buang lemak cair dari daging cincang untuk rasa lebih ringan.
  • Tumis cili kisar sampai pecah minyak untuk rasa lebih padu.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Tambah susu UHT atau susu cair di akhir masakan untuk kuah cantik berkilat.
Video
Pengenalan

Makaroni Goreng Pedas ini memang citarasa Malaysia—kuah pedas merah gelap yang berkilat, pekat dan melekat elok pada makaroni. Bila campur dengan daging cincang, rasa dia jadi lagi padu dan “kenyang sedap”.

Resipi ni sesuai sangat untuk bekal sekolah, jamuan tetamu, atau menu praktikal bila nak masak untuk keluarga besar. Che Nom juga kongsi dua teknik penting: cara pastikan makaroni tak kembang (kekal al dente), dan cara keluarkan lemak daging cincang supaya kuah tak berminyak dan tak muak.

Kalau suka kuah lebih berkrim, boleh tambah sedikit susu UHT / susu cair (optional) untuk bagi rasa lemak manis yang seimbang dengan pedas. Hujung sekali, tabur daun bawang/daun sup dan hirisan cili merah—terus nampak menyelerakan.

Tip ringkas: simpan sedikit air rebusan makaroni untuk laraskan kepekatan kuah, dan untuk efek wok hei, besarkan api sekejap di hujung sambil kacau laju.

Diterbitkan pada 22 Januari 20262.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru