Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Pizza Sedap

Masak 8 min

Pizza buatan sendiri memang lain macam, doh lembut dengan topping ikut selera. Sesuai buat anak-anak dan jadi hidangan istimewa untuk seisi keluarga.

Pizza Sedap

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Doh Pizza

  • 1 sudu besar gula kastor1 sudu besar gula kastor
  • 3 1/2 cawan tepung roti3 1/2 cawan tepung roti
  • 1 1/2 cawan air suam1 1/2 cawan air suam
  • 2 1/2 sudu teh yis kering2 1/2 sudu teh yis kering
  • 2 sudu besar minyak zaitun extra virgin2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 2 sudu kecil garam2 sudu kecil garam

Bahan Untuk Topping

  • Keju Mozarella, diparutKeju Mozarella, diparut
  • Keju Pamesan, diparutKeju Pamesan, diparut
  • Cendawan butang, dihiris nipisCendawan butang, dihiris nipis
  • Bawang merah, dihiris nipisBawang merah, dihiris nipis
  • Lada loceng hijau, dihiris nipisLada loceng hijau, dihiris nipis
  • Sosej Itali, pra-memasakSosej Itali, pra-memasak
  • Daging lembu cincang, dimasak seketika (jika anda tidak mempunyai sosej Itali)Daging lembu cincang, dimasak seketika (jika anda tidak mempunyai sosej Itali)
  • Buah zaitun hitam, dihiris nipisBuah zaitun hitam, dihiris nipis
  • Tomato sos pestoTomato sos pesto
  • Tambahan minyak zaitun extra virginTambahan minyak zaitun extra virgin

Cara Buat Pizza

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Dalam cawan air suam, taburkan yis kering dan kacau sehingga yis cair.
  2. 2
    Dalam bekas berasingan satukan tepung roti , garam , gula, dan minyak zaitun. Kacau sedikit sehingga bahan-bahan sebati.
  3. 3
    Tuangkan campuran yis, sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi licin dan elastik. Anda boleh menggunakan heavy duty elektrik mixer pada peringkat ini. Teruskan menguli sehingga doh menjadi elastik dan licin selama kira-kira 10 minit.
  4. 4
    Letakkan doh ke dalam mangkuk yang bersih dan tutup dengan plastik wrap. Biarkan doh sehingga ia naik dua kali ganda.
  5. 5
    Setelah adunan siap, bahagikan kepada beberapa bahagian dan uli kepada bentuk bola, kemudian uli sehingga nipis anggaran 1/2 cm. Gunakan campuran tepung semolina dan tepung gandum untuk debu . Semolina akan menjadika pizza berkerak rangup..
  6. 6
    Berus bahagian atas doh pizza dengan minyak zaitun , untuk mengelakkan bahagian atas basah. Lapiskan dengan sos tomato, daging atau sosej, capsicum hjau, buah zaitun hitam, keju Parmesan, keju Mozzarella dan hirisan bawang.
  7. 7
    Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada tahap tertinggi ketuhar anda kira-kira 7-8 minit. Ia bergantung kepada suhu ketuhar anda (Suhu oven tertinggi saya adalah 350 ° C dan mengambil kira-kira 7-8 minit untuk memasak).

Anggaran nutrisi

Setiap 1 hidangan · resepi untuk 8 hidangan

Kalori
465 kcal
Protein
19.5 g
Karbohidrat
47.5 g
Lemak
21.5 g
Serat:
2 g
Gula:
3 g
Natrium:
1190 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
  • Resepi tidak nyatakan bilangan; 3½ cawan tepung roti dianggarkan 2 piza untuk 8 orang.
  • Semua topping tanpa sukatan — mozzarella 250 g, sosej Itali 150 g, sos pesto 150 g dianggarkan.
  • Daging lembu cincang tidak dikira kerana ia pengganti sosej Itali.
  • 2 sudu kecil garam dalam doh menyumbang kebanyakan natrium.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Pizza buatan sendiri adalah sangat istimewa kerana ia mempunyai sentuhan kasih sayang daripada tukang masak sendiri.

Sebaik sahaja anda membakar pizza anda sendiri untuk anak-anak, ia akan menjadi hidangan istimewa untuk seluruh keluarga anda.

Diterbitkan pada 13 Mei 201428.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru