![Pau Kacang Merah](/images/recipes/Pau_Kacang_Merah_IG.jpg)
Pau Kacang Merah
Kali ini jom lah tengok Che Nom buat pau kacang merah. Pau inti kacang merah ni sangatlah lembut dan gebu. Ditambah pula dengan inti kacang merah buatan sendiri, memang bertambah-tambah special. Ada 3 bahagian video, mula-mula Che Nom tunjuk cara penyediaan pes kacang merah. Kedua, cara untuk buat doh pau yang lembut dan gebu menggunakan tepung pau.
Dan ketiga, kita akan gabungkan doh pau dengan inti kacang merah, kemudian kukus, maka jadilah pau kacang merah yang licin permukaannya, tekstur yang lembut dan gebu.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.
- 500g kacang merah
- air secukupnya
- 2 keping/ 130g gula nisan atau gula melaka
- 1 ½ cawan/ 300g gula putih
- ½ cawan minyak sayuran
- ½ sudu kecil garam
- 2-3 sudu besar majerin atau mentega
- 250g tepung pau
- ¾ sudu kecil yis kering
- ½ sudu kecil serbuk penaik
- ¼ sudu kecil garam
- 2 sudu besar/ 25g gula kastor
- 1 sudu besar
- lemak sayuran atau minyak sayuran
- ½ - ¾ cawan air sejuk
- 1Rendam kacang merah dengan air selama 5-6 jam atau semalaman dan simpan dalam peti sejuk.
- 2Selepas rendam, bilas, basuh dan tapis kacang merah.
- 3Rebus kacang merah sehingga lembut dalam anggaran masa 1-1 jam.
- 4Tapis air rebusan lalu kisar halus kacang dengan sedikit air.
- 5Masak pes kacang diatas api perlahan.
- 6Masukkan gula nisan, gula putih, garam dan minyak sayuran.
- 7Selepas pes agak pekat, masukkan majerin atau mentega lalu sambung masak sehingga menjadi pes yang betul-betul pekat.
- 8Sejukkan pes dan bulatkan inti kacang dengan berat 25-30g bagi satu biji inti.
- 9Kemudian, simpan seketika inti didalam peti sejuk.
- 1Masukkan tepung pau, yis kering, dan serbuk penaik dalam bekas adunan lalu gaulkan sedikit.
- 2Masukkan garam tanpa bercampur dengan yis kering, gula kastor, lemak sayuran dan tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli kesemua bahan. Tambah sedikit air jika perlu.
- 3Uli adunan dalam masa lebih kurang 10 minit.
- 4Bentukkan bulat adunan doh dan rehatkan selama 5 - 10 minit.
- 5Sesudah rehatkan doh, bahagikan pada 10 bahagian doh yang bersaiz kecil. Setiap berat doh adalah dalam anggaran 45-50g.
- 6Leperkan doh, letak inti kacang ditengah lalu tutup dan bulatkan dengan berbentuk bulat meninggi.
- 7Letak diatas kepingan kertas parchment yang d igunting segi empat.
- 8Ulang langkah yang sama untuk kesemua doh pau.
- 9Selepas siap bentukkan pau, susun pau berjarak diatas loyang dan tutup dengan kain sehingga doh kembang. Rehat dalam anggaran masa 45 minit.
- 10Kukus pau selama 8-10 minit.
- 11Selepas pau sudah masak, tutup api dan tunggu dalam 10 minit sebelum membuka penutup kukusan.
- 12Kemudian, keluarkan dan pau kacang merah siap untuk dihidang.
- •Selain merebus kacang merah diatas api, boleh saja gunakan pressure cooker dan masak selama 30-35 minit.
- •Jika mahu merebus, seelok-eloknya gunakan periuk yang tebal supaya kacang masak dengan elok dan sekata.
- •Jika kacang merah sudah direndam lama, tidak perlu lagi rebus kacang dengan masa yang lama.
- •Tekstur pes inti kacang yang dikisar samada halus atas kasar adalah terpulang mengikut citarasa sendiri.
- •Sapukan tangan dengan minyak sebelum bulatkan inti kacang bagi mengelakkan inti melekat.
- •Jika mahu gantikan tepung pau, boleh gunakan tepung gandum tetapi akan menyebabkan berbeza dari segi tekstur dan warna pau.
- •Jika mahu gantikan lemak sayuran, boleh saja gunakan minyak masak.
- •Selain daripada kertas parchment, boleh saja menggunakan kertas A4 ataupun kertas muffin.
- •Susun pau berjarak dalam pengukus dan balut penutup kukusan dengan kain untuk meminimumkan air wap terkena pau yang sedang dikukus.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Kuih Puteri Ayu](/images/recipes/Puteri_Ayu_IG.jpg)
Kuih Puteri Ayu
Kali ni jom kita tengok cara untuk buat antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, kuih yang selalu dibuat berniaga dan k...
![Cucur Bilis Jagung](/images/recipes/Cucur_Bilis_Jagung.jpg)
Cucur Bilis Jagung
Jom tengok Che Nom sediakan cucur bilis jagung yang lembut dan rangup dan meriah dengan pelbagai jenis bahan. Resepi ka...
![Kuih Kaswi](/images/recipes/DSC_5241_1.jpg)
Kuih Kaswi
Resepi Kuih Kaswi yang cukup mudah kerana sukatannya hanya menggunakan cawan. Che Nom masak dahulu gula merah dan gula p...
![Kuih Cara Berlauk](/images/recipes/Kuih_Cara_Berlauk.jpg)
Kuih Cara Berlauk
Cara membuat Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi Melayu yang mungkin ramai belum pernah cuba. Inti daging dimasak dengan rempah dan adunan kuih cara disediakan menggunakan blender.
![Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik](/images/recipes/Kuih_Bom_.jpg)
Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik
Jom kita tengok Che Nom buat Kuih Bom Bijan pula kali ni. Biasa kita tengok resepi yang dibuat ialah tepung pulut perlu ...
![Lepat Pisang Lembut Manis](/images/recipes/Lepat_Pisang_Web-2_ndYNK2r.jpg)
Lepat Pisang Lembut Manis
Kali ni jom kita belajar buat kuih melayu, kuih tradisional iaitu lepat pisang. Kalau ada pisang yang ranum selain dari...