Resepi Apam Kampung
Apam Kampung kuih klasik yang lembut sikit kenyal, warna perang cantik dari gula merah dan gula putih. Bahan ringkas, sedap makan panas-panas dengan kelapa parut dan kopi O.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 cwn air
- 1/2 sk garam
- Bahan-bahan apam kampung
- 1/2 cwn gula merah
- 1/2 cwn gula putih
- 2 helai daun pandan
- 3 cwn tepung gandum
- 2 sk yis kering
- 2 cwn kelapa parut
- 2 sk garam
Cara Buat Apam Kampung
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 225 kcal
- Protein
- 4 g
- Karbohidrat
- 42.5 g
- Lemak
- 5 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 17 g
- Natrium:
- 490 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Kelapa parut 2 cawan (~160 g) untuk salutan dikira penuh bersama 2 sudu kecil garamnya.
- Gula merah dan gula putih dikira mengikut sukatan cawan (110 g dan 100 g).
- Tiada minyak digunakan; apam dikukus.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cwn air bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 480g (cawan US 240ml).
- 1/2 sk garam bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau beli yis dalam kuantiti yang banyak, boleh pecahkan dan masukkan dalam pek kecil (Che Nom simpan dalam plastik zip lock) dan simpan dalam dalam freezer. Yis akan tahan lama dan tak mudah rosak.
- Kalau guna pengukus klasik, balut penutup dengan kain untuk elak air wap jatuh atas apam dan kalau guna pengukus elektrik tak perlu balut tapi hati-hati bila bukak penutup dan sengetkan untuk air turun ketepi. Untuk lebih berjaga- jaga boleh tutup dengan aluminium foil.
Video
Pengenalan
Menu kali ini ialah Apam Kampong, kuih klasik yang auto buat kan kita teringat pada kenangan dulu. Kadang-kadang waktu hujung minggu, mak Che Nom akan sediakan apam ni buat sarapan pagi, buat menyorok kat orang utara. Makan dengan kopi O pulak tu memang layan betul.
Cara nak buatnya tak susah, dan bahan pun tak banyak. Untuk nak dapatkan warna perang apam, kita campur gula merah dan gula putih. Dari segi jenis tepung pula, hanya guna satu jenis iaitu tepung gandum. Apam ni memang lembut tapi texture nya tak seringan dan sehalus apam nasi. Agak sedikit kenyal, tak terlalu manis dan cukup sedap. Tambahan pula jika dimakan bersama kelapa parut.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









